ALOR SETAR: Dunia bola sepak pada Khamis kehilangan seorang lagi permata apabila jurulatih legenda tanah air, Azraai Khor Abdullah mengembuskan nafas terakhirnya selepas mengalami serangan strok.
Menurut pemain skuad Piala Asia 2007, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Allahyarham yang berusia 71 tahun sememangnya meninggalkan begitu banyak legasi sepanjang kariernya, lebih-lebih lagi ketika mengangkat Kedah FA sebagai salah sebuah kelab terbaik tanah air.
Pengendali skuad Pulau Mutiara ini berkata, dia antara beberapa individu yang pernah 'bertarung' ilmu dengan Azraai di padang turut memperingati personaliti pengendali cukup ternama berkenaan.
Katanya, gelaran 'double treble' yang diraih pada 2007 sehingga 2008 sememangnya sukar disaingi sehingga Johor Darul Ta'zim (JDT) mengulangi rekod tersebut musim lalu.
"Bagi saya beliau adalah antara jurulatih tempatan terbaik yang saya kenal. Banyak ilmu yang beliau kongsikan bersama dengan saya dan juga pemain-pemain lain.
"Walaupun saya bersama dengan arwah hanya dua musim di Kedah sebelum saya berhijrah ke Selangor, pencapaian yang arwah dapat bersama Kedah ‘Double Treble’ dan juga beliau bersama pasukan bawah 23 kebangsaan dan juga pasukan-pasukan lain," katanya.
Menurut Akmal yang juga bekas pemain Kedah terkejut dan sedih dengan pemergian figura dalam arena bola sepak tempatan itu.
Katanya dia sering berhubung dengan Allahyarham untuk memintak pandangan dan nasihat dalam mengendali pasukan.
"Beliau baru sahaja dua minggu lepas menghubungi saya mengucapkan tahniah kerana dilantik sebagai jurulatih pasukan Pulau Pinang dan beliau memberitahu serba sedikit apa yang perlu dilakukan untuk membimbing pasukan buat kali pertama.
"Banyak yang saya dapat daripada arwah dan saya akan cuba lakukan apa yang di ingatkan untuk menjaga pasukan utama," ujarnya lagi.
Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek Leng telah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra-Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.
Pengendali disegani para penyokong itu bukan hanya berjuang di bumi Kedah apabila Allahyarham juga pernah mengendalikan beberapa kelab seperti Terengganu FC, Perak FC, Negeri Sembilan, Sabah FC dan Kelantan.
Namun, tempohnya bersama kem Kedah pasti antara yang paling diingati apabila Allahyarham Azraai mencipta sejarah sebagai jurulatih pertama membawa pasukan tempatan meraih kejuaraan 'double treble'.
Pemain-pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Khyrill Muhymeen, Marlon Alex James serta Nelson Sam Martin merupakan tunjang kepada kecemerlangan Sang Kenari di bawah kendalian Allahyarham Azraai waktu itu.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Feb 09 2024
![Akmal Rizal sanjung karier Azraai Khor Akmal Rizal sanjung karier Azraai Khor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707438196_TBAKMAL.jpg)
Allahyarham pernah mengendalikan beberapa kelab seperti Terengganu FC, Perak FC, Negeri Sembilan, Sabah FC dan Kelantan. - Foto Facebook/Mohd Azraai Khor
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Penang FC bakal gantikan khidmat Akmal Rizal dengan jurulatih baharu Penang FC bakal gantikan khidmat Akmal Rizal dengan jurulatih baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727057677_AkmalRizalAhmadRa.jpg)
Penang FC bakal gantikan khidmat Akmal Rizal dengan jurulatih baharu
Khidmat Ketua Jurulatih Penang FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli bakal digantikan dengan jurulatih baharu.
![Liga Super: Akmal Rizal tidak puas hati Penang FC hanya seri dengan NSFC Liga Super: Akmal Rizal tidak puas hati Penang FC hanya seri dengan NSFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727057677_AkmalRizalAhmadRa.jpg)
Liga Super: Akmal Rizal tidak puas hati Penang FC hanya seri dengan NSFC
Katanya, akibat melakukan kesilapan kecil, Harimau Kumbang terlepas peluang memperoleh tiga mata berharga yang amat diperlukan ketika ini.
![Akmal Rizal harap 'magis 90 minit' Akmal Rizal harap 'magis 90 minit'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719629923_tbPiaaFA.jpg)
Akmal Rizal harap 'magis 90 minit'
Akmal Rizal yakin anak buahnya mampu bangkit untuk beraksi lebih cemerlang meskipun berdepan dua kekalahan berturut-turut menentang KDA FC.
![Keyakinan tinggi kunci utama kejayaan Penang FC - Ketua Jurulatih Keyakinan tinggi kunci utama kejayaan Penang FC - Ketua Jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718419865_PenangFC.jpg)
Keyakinan tinggi kunci utama kejayaan Penang FC - Ketua Jurulatih
Faktor keyakinan itu diperoleh hasil kerja keras pemain yang menjalani latihan tanpa jemu sehingga mampu melakar kejayaan.
![Penang FC yakin kemampuan Neto Oliveira Penang FC yakin kemampuan Neto Oliveira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714955023_tbFerreiraDeOlivei.jpg)
Penang FC yakin kemampuan Neto Oliveira
Akmal Rizal berkata pemain kelahiran Brazil berusia 26 tahun itu berkemungkinan besar akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.
![Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713490708_PIALAASIAjpg.jpg)
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
![Akmal Rizal sanjung karier Azraai Khor Akmal Rizal sanjung karier Azraai Khor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707438196_TBAKMAL.jpg)
Akmal Rizal sanjung karier Azraai Khor
Allahyarham yang berusia 71 tahun sememangnya meninggalkan begitu banyak legasi sepanjang kariernya.
!['Bapa pembangunan bola sepak Kedah', Kassim Saad meninggal dunia 'Bapa pembangunan bola sepak Kedah', Kassim Saad meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81486033205_KassimSaad.jpg)
'Bapa pembangunan bola sepak Kedah', Kassim Saad meninggal dunia
Cikgu Kassim Saad menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Salmiah Othman, 72, dan anggota keluarga pada kira-kira 11.45 malam setelah 11 hari dimasukkan ke HSB.
![FAM perlu lebih proaktif tangani isu persaraan pemain - Akmal Rizal FAM perlu lebih proaktif tangani isu persaraan pemain - Akmal Rizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468766483_AkmalRizalRakhli.jpg)
FAM perlu lebih proaktif tangani isu persaraan pemain - Akmal Rizal
Bekas penyerang kebangsaan itu mahu pihak terbabit mengambil serius isu persaraan empat pemain negara dari skuad JDT.