KUALA LUMPUR: Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) tidak boleh mengatasi peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 dalam aspek jumlah waktu bekerja yang berkuat kuasa mulai semalam (1 Jan).
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu sekali gus tidak memberi kuasa perundangan kepada Finas berhubung isu lebih masa yang melibatkan penggiat seni.
"Maka, pandangan bahawa Finas mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan ataupun menetapkan had masa kerja penggiat seni adalah tidak tepat sama sekali malah ia bercanggah dari segi undang-undang.
"Adalah diharapkan kekeliruan dan salah tafsir segelintir pihak mengenai bidang kuasa Finas dalam isu berkaitan kerja lebih masa melibatkan penggiat seni terutama para pelakon dan kru produksi penggambaran ini dapat diperbetulkan dengan penjelasan ini," katanya selepas mengambil maklum mengenai isu itu yang tular di media sosial baru-baru ini.
Beliau berkata kebajikan pekerja dan kelonggaran dalam tempoh bekerja yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 itu juga terpakai kepada penggiat industri filem yang terlibat dengan penggambaran melibatkan para pelakon dan kru produksi.
Md Nasir turut berharap agar penggiat industri tersebut cakna dengan pindaan terkini berhubung akta itu agar tiada salah faham timbul antara majikan dan pekerja.
Katanya ketetapan jumlah waktu bekerja yang telah dipersetujui dan ditetapkan menurut terma dan syarat kontrak antara majikan (penerbit) dan pekerja (pelakon serta kru produksi) hendaklah dipatuhi sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.
Bagaimanapun, beliau berkata Finas akan mengambil pendekatan terbuka dan proaktif dalam hal berkenaan dan berhasrat untuk mengundang wakil-wakil persatuan perfileman seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan entiti pemegang taruh berkepentingan bagi membincangkan mengenai isu itu dalam masa terdekat.
"Finas juga bersedia dan terbuka menerima sebarang kritikan dan juga cadangan membina daripada semua pihak bagi memastikan kepentingan dan kebajikan pekerja industri perfileman negara sentiasa terbela dan dilindungi," katanya.
Semalam, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar memaklumkan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 berkuat kuasa mulai 1 Jan 2023 susulan terdapat keperluan untuk menguatkuasakan akta berkenaan meskipun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan.
Pindaan itu antaranya meliputi pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari dan larangan diskriminasi dalam pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023

MD NASIR: Diharap kekeliruan dan salah tafsir segelintir pihak mengenai bidang kuasa Finas dalam isu kerja lebih masa melibatkan penggiat seni dapat diperbetulkan dengan penjelasan ini. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Akta 244 tidak boleh atasi peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 - Finas
Md Nasir berkata perkara itu tidak memberi kuasa perundangan kepada Finas berhubung isu lebih masa yang melibatkan penggiat seni.

MTUC harap rundingan telus pindaan akta perburuhan
J Solomon berkata mesyuarat kali kedua itu memerlukan perbincangan terperinci memandangkan terdapat cadangan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Kerja 1955 memerlukan kajian menyeluruh.

Pindaan Akta Kerja 1955 akan dibentang di Parlimen Januari depan
Pindaan Akta Kerja 1955 yang antara lain bertujuan mewajibkan majikan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pekerja asing dijangka akan dibentangkan di Parlimen Januari tahun depan

Lebih 31,000 pekerja diberhenti sejak awal tahun hingga September
Sebanyak 31,476 pekerja terlibat dalam pemberhentian kerja bagi tempoh 1 Jan sehingga September lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib.