ALOR SETAR: Sebuah syarikat pemprosesan makanan didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan tidak menyediakan kemudahan penginapan dan asrama yang diperakui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terhadap 146 pekerjanya, pertengahan Januari lalu.
Pengakuan berkenaan dibuat Pengurus Besar yang mewakili syarikat Twenty-Twenty Food Industry Sdn Bhd, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid di Mahkamah Sesyen Alor Setar.
Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat itu didakwa menempatkan seorang pekerja warganegara Indonesia, di asrama yang tidak menerima perakuan penginapan mengikut Seksyen 24D(1) Akta Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di Nombor 1, Jalan Kedundung, Pokok Sena kira-kira pukul 10.30 pagi, 13 Januari lalu.
Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu sebagai majikan didakwa gagal menyediakan penginapan mengikut kehendak minimum yang diperuntukan di bawah subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Penginapan dan Penginapan Berpusat) 2020, iaitu untuk menyediakan nisbah satu bilik air dan tandas untuk 15 pekerja (1:15) kepada 146 pekerjanya pada tarikh, tempat dan waktu yang sama.
Sehubungan itu, syarikat terbabit didakwa mengikut Seksyen 24D(3) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 bagi kedua-dua kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kedah, Norulaskin Mustafa, manakala syarikat berkenaan tidak diwakili peguam.
Dalam proses rayuan, pengurus besar yang mewakili syarikat itu memohon agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman denda berikutan wang berkenaan boleh digunakan untuk proses menaik taraf dan menambah baik kemudahan asrama dan tandas.
Bagaimanapun, Norulaskin memohon hakim menjatuhkan hukuman setimpal berikutan syarikat terbabit melakukan kesalahan yang boleh menjadi penyebab kepada ancaman penyakit berjangkit selain menjadi pengajaran kepada majikan lain.
Sharifah Norazlita kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayar bagi setiap pertuduhan ke atas syarikat terbabit.
Menurut fakta kes, syarikat itu dikatakan hanya menyediakan dua blok asrama berbentuk dormitori untuk lebih kurang 146 pekerjanya, yang menempatkan pekerja berlainan jantina di asrama itu, serta gagal menyediakan tandas dan bilik air yang mencukupi.
Selain itu, syarikat berkenaan juga didapati tidak memohon perakuan penginapan daripada JTK untuk penginapan pekerja yang terletak di belakang kilang pemprosesan makanan itu.
Untuk rekod, Twenty-Twenty Food Industry Sdn Bhd adalah majikan pertama di negara ini didapati bersalah mengikut Akta Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Abd Hadi Che Awang
Wed Mar 10 2021

Mahkamah Sesyen Alor Setar menjatuhkan hukuman denda RM20,000 ke atas syarikat Twenty-Twenty Food Industry Sdn Bhd kerana tidak menyediakan kemudahan penginapan dan asrama yang diperakui Jabatan Tenaga Kerja.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Majikan diwajib dapatkan perakuan penginapan pekerja dari JTKSM
Majikan diwajibkan memperoleh perakuan penginapan pekerja daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sebagai prasyarat sebelum membawa masuk pekerja asing di negara ini.

Thailand lulus visa khas bagi pelancong asing jangka panjang
Kabinet Thailand hari ini secara prinsipnya meluluskan visa khas jangka panjang bagi membolehkan pelancong asing menetap sehingga sembilan bulan.