IPOH: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memperoleh kelulusan bagi melantik seramai 10 ahli panel dalam pembentukan tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840).
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata perjawatan itu antaranya merangkumi presiden, timbalan presiden, pentadbiran dan perundangan.
"Selepas mendapat (kelulusan) perjawatan, kita perlu mengemukakan pula kepada Kementerian Kewangan yang meneliti kos. Kita kena cadangkan kadar gaji dan sebagainya," katanya pada sidang media Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Perak di sini hari ini.
Beliau berkata permohonan bagi perjawatan tersebut akan diumumkan selepas kadar gaji telah ditetapkan dalam masa terdekat.
Katanya pemilihan ahli panel juga akan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk membantu dari sudut perundangan.
Pada Julai lepas, Nancy dilaporkan berkata pihaknya akan memuktamadkan pembentukan tribunal berkaitan akta berkenaan selewat-lewatnya Disember tahun ini manakala peraturan bagi membentuk tribunal itu sudah dirangka dan kini hanya dalam proses pelantikan ahli panel.
Tribunal tersebut bertanggungjawab mendengar dan melaksanakan proses pendakwaan atau pengadilan terhadap setiap aduan berkaitan gangguan seksual.
Akta Antigangguan Seksual 2022 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 8 Oktober tahun lepas dan diwartakan 18 Oktober tahun yang sama.
Terdahulu, dalam ucapannya Nancy berkata statistik tahun lepas menunjukkan Perak berkongsi kedudukan dengan Sabah, mencatatkan kes gangguan seksual ketiga tertinggi di Malaysia selepas Selangor dan Kuala Lumpur.
Beliau berkata daripada 477 kes di seluruh negara, sebanyak 36 kes gangguan seksual direkodkan di Perak dengan 31 kes atau 86 peratus melibatkan gangguan seksual terhadap wanita.
"Pada 2022 sebanyak 35 kes gangguan seksual turut direkodkan di seluruh negara melibatkan mangsa kanak-kanak dengan tiga daripadanya dicatatkan di Perak," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata statistik tahun ini turut menunjukkan semakin ramai golongan lelaki menjadi mangsa gangguan seksual dengan Kelantan merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 52 kes diikuti Kedah 36 kes, Sabah dan Melaka (24), Terengganu (14), Selangor (13), Negeri Sembilan (10), Pahang (9) dan Sarawak lima kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
Datuk Seri Nancy Shukri berkata perjawatan itu antaranya merangkumi presiden, timbalan presiden, pentadbiran dan perundangan. - Gambar fail
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman "OG Facebook".
Akta Antigangguan Seksual: KPWKM peroleh kelulusan lantik 10 ahli panel tribunal
KPWKM telah memperoleh kelulusan bagi melantik seramai 10 ahli panel dalam pembentukan tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022.
Akta Antigangguan Seksual: Lantikan tribunal dimuktamad hujung tahun ini - Nancy
Lantikan anggota tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) akan dimuktamadkan sebelum hujung tahun ini.
Akta Antigangguan Seksual dikuat kuasa secara berperingkat bermula hari ini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] secara berperingkat bermula hari ini (28 Mac).
Akta Antigangguan Seksual: KPWKM rangka peraturan, bangunkan tribunal - Nancy Shukri
KPWKM akan merangka peraturan dan membangunkan satu tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2021 (Akta 840) pada tahun ini.