SERDANG: Penggubalan rang undang-undang bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 masih di peringkat sesi libat urus, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Katanya walaupun beliau berhasrat untuk membentangkan akta baharu itu pada sidang Parlimen sekarang namun masih terdapat beberapa peringkat libat urus yang perlu dijalankan termasuk dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan pemain industri.
"Apabila semua proses selesai, akta ini akan dibentangkan sama ada sesi kali ini atau sesi akan datang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Pendengaran Sedunia 2022 di sini hari ini.
Khairy pada 17 Februari lepas mengumumkan pengenalan akta tersebut bertujuan mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata pihaknya sedang mendapatkan pandangan penasihat undang-undang berhubung kesesuaian masa bagi membentangkan laporan Jawatankuasa Siasatan Bebas Insiden Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru kepada umum.
"Memang hasrat saya untuk bentang laporan itu. Tidak ada sebab untuk kami simpan sebagai suatu laporan rahsia cuma ketika ini kami sedang cari masa sesuai," katanya.
Dalam kebakaran pada 25 Okt 2016, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar, manakala seorang lagi pesakit, dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi cedera akibat terhidup asap.
Ditanya mengenai masalah kekurangan ruang parkir di fasiliti kesihatan kerajaan, Khairy berkata pihaknya akan meneliti semula cadangan pembinaan parkir bertingkat bagi menyelesaikan isu terbabit.
"Isu ini merupakan isu besar. Sejak saya dilantik sebagai Menteri Kesihatan, saya terima banyak aduan berhubung perkara ini. Kami akan teliti semula cadangan parkir bertingkat. Ini untuk keselesaan pesakit dan pengunjung hospital kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022

Masih terdapat beberapa peringkat libat urus yang perlu dijalankan termasuk dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan pemain industri. - Gambar fail

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Terdapat keperluan wujud akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.

Perlu wujud akta baharu, hukum pihak guna isu 3R secara sivil - Azalina
Akta yang mungkin dinamakan Akta Negara dan Bangsa itu berfungsi seperti Akta Keharmonian Kaum di Singapura tetapi dalam konteks Malaysia.

Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan dibentangkan tahun ini, atasi kesesakan di penjara
Akta baharu bagi kesalahan penagihan dadah akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini untuk diwartakan sebagai undang-undang, sebagai inisiatif untuk mengurangkan kesesakan di penjara.

Banduan hukuman mati: Kerajaan timbang gubal akta baharu bersifat sementara - Ramkarpal
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menggubal satu akta baharu bersifat sementara yang akan memberi impak secara terus kepada 840 banduan yang menjalani moratorium pelaksanaan hukuman mati.

Akta baharu larang aktiviti merokok masih di peringkat libat urus
Masih terdapat beberapa peringkat libat urus yang perlu dijalankan termasuk dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan pemain industri.

Akta baharu larang aktiviti merokok akan diperkenalkan - Khairy
Pengenalan akta baharu tersebut akan dapat mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau.

COVID-19: Kerajaan kaji akta baharu libatkan pilihan raya
Mohd Redzuan berkata mekanisme pengurusan krisis negara yang dilaksanakan ketika ini berjaya mengawal COVID-19 dan mengelakkan kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik terbeban.

Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal
Sudah terdapat akta sedia ada bagi mengawal penggunaan label pensijilan logo halal ke atas pembekalan produk, kata Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Senator cadang wujudkan akta gangguan seksual untuk lelaki
Dewan Negara pada Rabu mendengar cadangan agar undang-undang gangguan seksual untuk melindungi lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol diperkenalkan.

Akta ganti AUKU digubal, beri autonomi dan kebebasan akademik
Langkah itu termasuk mengadakan satu struktur tadbir urus baharu serta struktur pembiayaan yang lebih efisien dan mapan dalam usaha untuk meraikan kebebasan akademik dan autonomi di universiti.