KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 perlu dijalankan secara berperingkat, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan pertama tahun hadapan.
Penasihat Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kerajaan harus turun berbincang dengan pemegang taruh terlebih dahulu dan memantau perkembangan sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan pindaan berkenaan secara total.
"Kenapa hendak cepat sangat? Menteri-menteri baharu belum panggil pemegang taruh. Kita sudah hantar surat, dengar cerita kita dulu.
"Sekarang pemulihan sedang berlaku, inflasi dan harga barang naik. Objektif utama perdana menteri sekarang ialah kos sara hidup, kita nak pastikan ia tak naik. Kalau pindaan ini diimplementasi, adakah ia tidak akan beri kesan pada inflasi?
"Kita di Malaysia biasanya nak ikut negara maju, itu bagus tetapi kita negara membangun, jangan guna kriteria negara maju dan kita tahu mereka pun sedang menderita sekarang. Kita pula nak masuk dalam lubang yang sama.
"Ini bukan masa yang sesuai, penangguhan pun baru enam bulan. Pemain industri kata sabar sementara waktu, bagi masa setahun dua apabila pandemik betul-betul sudah reda dan situasi perniagaan sudah balik seperti biasa.
"Kita tengok saingan negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand sudah laksanakan peraturan seperti itu? Malaysia ialah hab pembuatan, kita ada saingan, jangan buat sesuatu yang akan buat kita less comepetitive," ujarnya lagi.
Buat masa ini, Ali Ameer melihat antara yang boleh dilaksanakan awal ialah cuti bersalin, namun kadar kerja lebih masa untuk gaji RM4,000 ke bawah belum sesuai dilaksanakan.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd menambah, pelaksanaan secara total hanya akan meningkatkan kos di pihak majikan, dan ia akan menyebabkan pengguna menerima impaknya, terutama dari segi kenaikan harga barang.
"Apabila kita sudah jadi negara maju barulah kita laksanakan sebab kosnya sangat besar, harga barang akan naik. Ini akan jadi kos tambahan, dengan tarif elektrik pun akan naik.
"Jangan ingat peniaga boleh terima, mereka terpaksa tutup perniagaan atau pelanggan akan absorb kosnya, jadi jangan marah, kenapa barang mahal," katanya lagi.
Minggu lalu, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar memaklumkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023.
Terbaharu, Sivakumar mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang daripada lima orang yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari ini, ditangguhkan kepada 1 Julai 2023.
Madiha Abdullah
Tue Dec 27 2022
Ameer Ali berkata harus turun berbincang dengan pemegang taruh terlebih dahulu dan memantau perkembangan sebelum membuat keputusan. - Gambar fail
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Akta Kerja: Jangan tergesa-gesa, bincang dengan pemegang taruh - Ameer Ali Mydin
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 perlu dijalankan secara berperingkat, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan pertama tahun hadapan.