Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengkaji Akta Majlis Halal Negara yang dijangka akan diwujudkan selewat-lewatnya awal tahun depan, dengan melibatkan semua agensi di bawahnya.
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung.
"Akta ini penting agar setiap arahan dan fungsi di semua agensi terlibat akan lebih jelas, yang sekali gus memperkukuh pelaksanaan pensijilan halal negara yang merupakan antara terbaik di dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran siaran dokumentari Hidangan Laluan Sutera di sini hari ini.
Hadir sama Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, Mejar (K) David Teoh dan Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.
Fuziah berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan negara lain dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan ibadah haji serta wakaf, memandangkan banyak negara yang berminat untuk belajar bagaimana Malaysia menguruskan jemaah dalam ibadah haji, dan Malaysia terbuka untuk berkongsi pengalaman serta kemahirannya dalam perkara itu.
"Pada masa yang sama, kita akan belajar dari negara luar mengenai pengurusan wakaf terutama dari Singapura di mana cara pengendalian wakaf mereka adalah antara yang terbaik sehingga masjid di sana dibina melalui dana wakaf dan bukannya wang kerajaan," katanya.
Sementara itu, rancangan dokumentari khas lima episod yang dialih suara sepenuhnya ke bahasa Melayu itu akan mula bersiaran esok melalui saluran 125, Astro Naura, pada pukul 11 malam.
Setiap episod memaparkan kebudayaan, tradisi serta ramuan makanan halal yang terdapat di China.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 23 2018

FUZIAH: Ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi. -Facebook @mediaRLA Home

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Akta Majlis Halal Negara akan diwujudkan 2019
Ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung.