GEORGE TOWN: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dengan hukuman lebih berat dalam usaha membanteras isu lumba haram serta aktiviti mat rempit di negara ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, cadangan pindaan hukuman membabitkan individu terlibat lumba haram dan pihak lain yang menyokong kegiatan berkenaan.
Antara cadangan hukuman ialah menaikkan kadar saman minimum, penjara terhadap mat rempit yang menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya lain.
Turut akan dikenakan tindakan pemilik bengkel yang terbabit dalam ubah suai motosikal bagi kegunaan lumba haram.
Isham berkata, usul berkenaan akan dibentang pada sidang Parlimen sesi tahun hadapan.
Menurut beliau, sebelum ini pihak MOT sudah membuat pindaan akta bagi menangani isu pemandu mabuk serta dilihat berjaya mengurangkan kes itu.
Mengulas lanjut, Isham berkata, satu Task force yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan badan bukan kerajaan (NGO) akan ditubuhkan bagi mengekang aktiviti lumba haram.
Jelas beliau, modul pelaksanaan pelan jangka pendek itu akan dilakukan di Pulau Pinang sebelum dijadikan modul oleh negeri lain.
“Modul ini kita akan bawa kepada negeri lain dan buat secara nasional dan menyeluruh bagi memastikan usaha yang kita buat itu akan lebih efektif, kesan besar bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kita dapat merubah budaya jijik ini harap tidak lagi menjadi satu budaya yang dibanggakan,” kata Isham lagi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town pada Selasa.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain serta Pengarah JPJ Negeri, Adenan Mat Isa.
Pada 17 Julai lepas, lima penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, disyaki terlibat dalam lumba haram.
Tujuh mangsa dilaporkan terlibat dalam kemalangan awal pagi itu dan lima daripadanya disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada beberapa motosikal yang disyaki menyertai aktiviti lumba haram.
Beberapa penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan dan merempuh antara satu sama lain.
Astro Awani
Tue Aug 09 2022

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak (dua dari kanan) di sidang media di George Town, Pulau Pinang, hari ini. - Gambar Astro AWANI

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Kanak-kanak 12 tahun pandu kereta, bapa akan didakwa
Bapa dan anaknya berusia 12 tahun yang tular memandu kereta membawa dua adik di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong akan didakwa berkaitan kesalahan berkenaan.

Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Undang-undang sedia ada sudah cukup tegas - Anthony Loke
Penguatkuasaan sememangnya berjalan sepanjang masa, malah ada yang telah pun diambil tindakan sehingga diheret ke mahkamah.

11 penunggang motosikal ditahan di Ipoh
Sebelas penunggang motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang hari ini.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda untuk tangani isu lumba haram, mat rempit
Cadangan pindaan hukuman ialah menaikkan kadar saman minimum, penjara terhadap mat rempit yang menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya lain.

JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.

Lori 10 tan rempuh 11 kereta di persimpangan lampu isyarat di Nilai
Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar dekat sini petang tadi.

Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai.

Lelaki OKU maut dilanggar ketika melintas jalan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam maut selepas dirempuh kereta di bawah jejantas berhampiran Perodua Hijau Kuning, Alor Setar, hari ini.

Anggota tentera maut, isteri cedera dalam nahas kereta-lori di Gerik
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azizi Ahmad, 25 dan isterinya Nur Kamaliah Md Nor, 24.