KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) tidak lama lagi.
Dalam pembentangannya pada Persidangan Parlimen Komanwel ke-66 di Accra, Ghana, pada Rabu, Wan Junaidi berkata kedua-dua akta itu akan dibawa pada persidangan Parlimen bulan ini.
"Akta-akta ini akan melengkapkan Parlimen sebagai cabang badan perundangan dengan infrastruktur perundangan, prosedur dan pentadbiran untuk merealisasikan sepenuhnya fungsi dan tugasnya sebagai antara cabang pengasingan kuasa dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
"Walaupun Perlembagaan Persekutuan digubal oleh ahli Suruhanjaya Reid yang merupakan warga asing, kesaksamaan mereka, latihan undang-undang dan pengalaman dalam tradisi dan perlembagaan Parlimen Komanwel telah menyediakan draf terbaik untuk pelaksanaan," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara hari ini.
Menurut kenyataan itu, dalam pembentangannya, Wan Junaidi menjelaskan bahawa Bab dan Perkara Perlembagaan Persekutuan disusun dengan cara yang unik dan sistematik bagi memenuhi pelbagai keperluan negara itu sendiri serta pengasingan kuasa yang jelas bagi ketiga-tiga cabang kerajaan itu juga terjalin dan berhubung antara satu sama lain.
"Meskipun konsep pengasingan kuasa ditunjukkan dalam bahagian Perkara yang berbeza, Wan Junaidi berkata jentera masih belum diletakkan dan diaktifkan sepenuhnya dan konsep baharu Prinsip Latimer dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia memerlukan lebih banyak lagi pendidikan dan kesedaran," menurut kenyataan itu.
Bertemakan 'The Commonwealth Charter 10 years on: Values and Principles for Parliaments to Uphold', persidangan tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-10 Piagam Komanwel yang menggariskan prinsip dan nilai Komanwel.
Ia dihoskan oleh Parlimen Ghana dan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) Cawangan Ghana di Accra, dari 30 Sept hingga 6 Okt.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, pejabat itu berkata Yang Dipertua Dewan Negara itu turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Senat Australia Senator Sue Lines pada Rabu di luar acara persidangan tersebut.
Pertemuan itu turut dihadiri delesai Malaysia yang lain termasuk Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, Senator Isaiah D Jacob dan Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
"Wan Junaidi juga memaklumkan mesyuarat itu mengenai lawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed ke Parlimen Australia pada minggu ketiga Oktober 2023.
"Beliau memberikan taklimat komprehensif mengenai tujuan lawatan itu, iaitu untuk mengetahui tentang Sistem Jawatankuasa Australia, proses Parlimen menjaga akauntabiliti Kabinet, pemantauan tindakan Eksekutif dan undang-undang parlimen lain yang berkaitan, peraturan Dewan dan etika untuk kelakuan Ahli-Ahli Parlimen dalam mesyuarat," kata kenyataan itu.
Ini adalah mesyuarat pertama antara kedua-dua dewan sejak pelantikan Wan Junaidi sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 19 Jun 2023, dan perbincangan yang membina semasa mesyuarat ini akan terus mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023

Wan Junaidi (foto) berkata kedua-dua akta itu akan dibawa pada persidangan Parlimen bulan ini. -Gambar fail/X Bernama
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Senator Datuk Salehuddin Saidin dilantik Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baharu berkuat kuasa 1 Mac.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.

Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.

Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.

288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.