KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan menaik taraf Jawatankuasa Pilihan Khas bagi memperkasa Parlimen merupakan antara agenda utama Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.
Johari yang dipilih menjawat jawatan itu pada 19 Dis tahun lepas berkata beliau, dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon pertimbangan kerajaan untuk mengembalikan semula akta itu.
"Perdana Menteri sendiri memberikan sokongan tentang perkara ini. Draf (rang undang-undang) sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara dan telah memberikan respons, maka kita seterusnya telah hantar kepada Jabatan Perdana Menteri untuk diteliti dan diperhalusi semua aspek termasuk kewangan, perundangan dan sebagainya," katanya kepada Bernama.
Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenalkan pada 1963, namun ia telah dimansuhkan pada 1992. Akta ini membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangan dan mengawal perbelanjaannya,
Johari yang berpengalaman sebagai Ahli Parlimen kira-kira 15 tahun juga mahu memperkasa peranan Jawatankuasa Pilihan Khas dalam membantu memperkukuh peranan kementerian.
Beliau berkata jawatankuasa yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang itu boleh mengetengahkan cadangan serta laporan untuk proses semak imbang dan menangani isu yang timbul di kementerian berkenaan.
"Cadangan ini penting kerana mungkin menteri atau kementerian terlepas pandang tetapi jawatankuasa ini mengadakan perbincangan dan mengetengahkan cadangan serta sediakan laporan dan boleh dibahaskan," katanya.
Selain itu, Johari berkata Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 juga diharap dapat ditambah baik termasuk menaikkan kadar denda maksimum RM1,000 kepada RM10,000 terhadap wakil rakyat yang melanggar peraturan ditetapkan bagi mewujudkan Parlimen kelas pertama.
Beliau berkata di bawah akta itu, kadar denda sedia ada dikenakan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan perkauman, menghina dan mendiskriminasi jantina selain boleh digantung daripada Parlimen.
Sementara itu, Johari berkata Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 dijadualkan bermula 13 Feb ini, dengan istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum sesi perbahasan Titah Diraja selama lima hari.
"Saya mengharapkan semua Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja secara aktif dengan tidak mempolitikkan titah Tuanku kerana titah Tuanku adalah hala tuju negara, jadi seharusnya kita menyumbang kepada perjalanan (negara) bukan mempolitikkan suasana," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb.
Menyentuh mengenai kehadiran Ahli Parlimen ke persidangan Dewan Rakyat, Johari mengingatkan wakil rakyat supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan melibatkan diri dalam perbincangan berhubung isu rakyat dan negara.
"Bagi saya, bila kamu dibayar elaun atau gaji tetapi kamu tidak hadir (persidangan Parlimen), itu (maksudnya) makan duit haram," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bakal berlangsung selama 29 hari hingga 30 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul. - Foto BERNAMA

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.
Hubungan Rusia-OIC, Malaysia dijangka terus diperkukuh
Hubungan ekonomi antara Rusia dan negara-negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) termasuk Malaysia terbukti kukuh apabil perkembangan pesat dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 30 peratus direkodkan dalam tempoh setahun yang lalu.

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Platform fail aduan, cabar tindakan turunkan kandungan media sosial akan diwujudkan
Pengguna media sosial boleh mempertahankan kandungan mereka melalui tribunal yang disediakan.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 jamin kebebasan Parlimen, bukti reformasi institusi
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 penting bagi mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

MOT gantung 247 lesen pengendali kenderaan
Pada 2024 APAD telah menggantung 23 Permit Kenderaan atas kesalahan ketidakpatuhan keselamatan jalan raya.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.