KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 perlu dipinda bagi mencegah data peribadi dicuri serta digunakan dalam aktiviti penipuan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri.
"Ini penting kerana maklumat yang telah dicuri pihak tidak bertanggungjawab (adalah) akibat daripada kecuaian ataupun kelemahan keselamatan siber oleh pihak yang mengendali, menyimpan atau memproses data peribadi.
"Pindaan kepada akta ini saya jangka seawal Disember ini atau selewat-lewatnya Mac tahun depan," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Keterhubungan di Perumahan Pantai Permai di sini hari ini.
Fahmi berkata selepas draf rang undang-undang itu disiapkan, ia akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti sebelum dibentang di Parlimen.
Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rang undang-undang itu akan segera digubal bagi memastikan segenap aspek perundangan berkaitan keselamatan siber dapat dituntaskan.
Fahmi juga berkata Malaysia perlu mewujudkan kerjasama dengan negara lain di rantau Asia Tenggara khususnya Singapura dan Thailand untuk membangunkan protokol perkongsian data merangkumi aspek data sovereignty and portability.
Beliau berkata kerjasama itu akan membolehkan Malaysia, sebagai hab pemprosesan data di rantau ini, memproses set data yang dijana di luar negara secara besar-besaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Perlindungan itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri. - Gambar hiasan

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Akta Perlindungan Data Peribadi perlu dipinda, elak data diguna untuk penipuan - Fahmi
Perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri.