KUALA LUMPUR: Satu akta khusus untuk Suruhanjaya Kanak-Kanak yang menjadi kesinambungan kepada pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dengan adanya akta itu nanti, maka Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang ditempatkan di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Sujakam) akan menerajui Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak secara bebas.
"Isu-isu hak asasi manusia merupakan suatu perkara yang merentasi, dengan izin, cross-cutting di antara satu agensi dengan agensi lain. Justeru itu, penyelarasan yang bersepadu perlu dibuat dalam kalangan semua kementerian, jabatan, agensi bagi memastikan semua isu hak asasi manusia di Malaysia akan dapat ditangani sepenuhnya.
"Sesungguhnya, Kerajaan ini akan terus memperkukuh dan mempertingkatkan hak asasi manusia ke arah tiada siapa tertinggal," katanya katanya ketika membentangkan RUU Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Azalina memberitahu, kerajaan juga sedang memuktamadkan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh yang meliputi pemberian kewarganegaraan melalui penguatkuasaan undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.
"Saya juga menghargai kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memahami kompleksiti isu perundangan yang terlibat dalam perkara ini dan terus memberikan sokongan yang sewajarnya terhadap usaha kerajaan dalam menyelesaikannya mengikut proses undang-undang yang sedia ada," katanya.
Dalam pada itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, pelbagai reformasi akan turut diketengahkan termasuk cadangan pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2011 (Akta 711) dan penubuhan Ombudsman Malaysia melalui penggubalan satu akta khusus dalam masa terdekat.
Umavathi Ramayah
Mon Jun 12 2023
Azalina berkata dengan adanya akta itu nanti, maka Pesuruhjaya Kanak-kanak yang ditempatkan di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan menerajui Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak secara bebas. - Foto fail/Bernama
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
WHO seru negara anggota desak Amerika Syarikat batal hasrat keluar
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pegawai kesihatan negara-negara anggota agar mendesak Washington membatalkan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Qatar, Turki tolak cadangan Trump 'bersihkan' Gaza
Menteri Luar Qatar dan Turki menentang rancangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk "membersihkan" Semenanjung Gaza.
Israel terus serang Tebing Barat
Rakyat Palestin pada Isnin mengadakan upacara pengebumian tujuh daripada sekurang-kurangnya 22 orang yang terbunuh akibat serangan Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki sejak dua minggu lalu.
Mexico, Amerika Syarikat tangguh pelaksanaan tarif sebulan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umum penangguhan pelaksanaan tarif baru terhadap Mexico selama sebulan.
Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."
Hanya beberapa jam sebelum dilaksana, Trump tangguh tarif ke atas Mexico, Kanada
Trump tangguh tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara jiran itu.
Polis buru suspek pecah rumah
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi di sini pada Sabtu.
Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.
Perang dagang, bekalan beras jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu perang dagang dan penghasilan beras tempatan menjadi tumpuan utama di Dewan Rakyat hari ini. Isu itu dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion
Dewan Rakyat dimaklumkan jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM2.65 bilion sejak 2022 hingga Jun tahun ini.
Mary Lim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Protem Penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC
Mary Lim Thiam Suan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem bagi penubuhan Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.
Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat
Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen yang dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu.
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina
Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.
Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina
Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah.
Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina
SPRM bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan bebas menyiasat tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh daripada pihak luar, tegas Azalina.
Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina
Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.