KUALA LUMPUR: Parlimen perlu meluluskan undang-undang Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak bagi mewujudkan suruhanjaya yang bebas dengan dana mencukupi untuk melaksanakan tugas serta peranannya bagi memastikan golongan tersebut mendapat perlindungan sewajarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu antara isu utama dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang diadakan pada Khamis lepas.
"Wakil-Wakil NGO berkongsi pandangan mereka mengenai hal-hal berkaitan dengan peranan Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Mahkamah Kanak-Kanak dan peranan Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga," menurutnya dalam kenyataan hari ini, lapora bernama.
Mesyuarat itu dihadiri oleh wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Yayasan CRIB (Inovasi dan Kebajikan Hak Kanak-Kanak).
Turut hadir wakil Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM), Pusat Wanita Untuk Perubahan (WCC) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) manakala Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh hadir sebagai jemputan khas.
Mesyuarat itu turut membincangkan keperluan pembangunan kapasiti pihak berkepentingan yang relevan untuk meningkatkan kecekapan prosedur termasuk dalam pengelolaan bantuan kecemasan, penguatkuasaan polis dan bantuan guaman.
Selain itu, isu utama yang dibangkitkan ialah meningkatkan koordinasi peringkat negeri dalam pengurusan keganasan rumah tangga.
Kenyataan itu juga menyebut sistem pengumpulan data di peringkat nasional yang telus untuk memantau dan menanggapi kes kekerasan terhadap wanita dan anak-anak perlu dikembangkan.
"Untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban agensi-agensi berkaitan, Suruhanjaya Kanak-Kanak dan Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga diminta untuk menerbitkan laporan tahunan yang boleh diakses oleh masyarakat umum," katanya.
Menurut kenyataan itu, jawatankuasa tersebut mengadakan sesi libat urus dengan NGO terbabit untuk melindungi dan memelihara kebajikan serta kepentingan terbaik wanita dan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021

Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu antara isu utama dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang diadakan pada Khamis lepas. - Gambar fail

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

Dewan Rakyat lulus RUU Perkhidmatan Parlimen
RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya, sekali gus memastikan sistem demokrasi negara lebih matang dan bebas.

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.

Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.

Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.

Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perlu segera - Azalina
Malaysia perlu segera melaksanakan undang-undang pembiayaan politik yang komprehensif bagi mengurangkan risiko rasuah dan meningkatkan ketelusan.

Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.