PUTRAJAYA: Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti oleh kerajaan mampu menjadi asas kepada pembangunan negara yang lebih mampan menerusi amalan tatakelola yang baik.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan Noor Amelia Zainabila Zaiffri berkata akta itu juga dapat meningkatkan lagi integriti dalam kalangan pekerja termasuk penjawat awam bagi menyokong usaha kerajaan membasmi rasuah.
"Besar harapan saya supaya akta baharu ini dapat menutup segala kepincangan dan kelompongan yang wujud dalam akta sedia ada. Kita tidak mahu lambakan akta berkaitan rasuah tapi apa yang lebih penting adalah penguatkuasaan yang tegas dalam usaha memerangi rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Kongres Nasional Tahunan AMK 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Sept lepas dilapor berkata kerajaan akan memperkenalkan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti sebagai panduan tatakelola bebas rasuah kepada semua entiti, baik dalam sektor awam mahupun swasta.
Anwar berkata kerajaan komited untuk memulihkan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa sekali gus mengangkat darjat menjadi sebuah negara yang bermaruah dan antirasuah.
Sementara itu, Setiausaha AMK Negeri Sembilan S. Sugumaran ketika menyentuh mengenai pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), mencadangkan supaya lebih banyak universiti berkaitan TVET diwujudkan.
Menurutnya ia bagi membangunkan modal insan yang berkualiti serta mempunyai nilai kebolehpasaran.
Selain itu, katanya tempoh praktikal yang perlu dijalani mahasiswa juga perlu ditingkatkan bagi memenuhi keperluan industri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
![Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700915996_TBAMELIA.jpg)
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan Noor Amelia Zainabila Zaiffri menyampaikan ucapan bahas bertajuk 'Tatkala dan Tadbir Urus Yang Baik, Asas Pembangunan Mampan'. - Foto BERNAMA
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700915996_TBAMELIA.jpg)
Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK
Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti oleh kerajaan mampu menjadi asas kepada pembangunan negara yang lebih mampan menerusi amalan tatakelola yang baik.
![Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti, garis panduan jelas basmi rasuah - Pakar Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti, garis panduan jelas basmi rasuah - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680597117_penjawatawam.jpg)
Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti, garis panduan jelas basmi rasuah - Pakar
Negara sudah bersedia menerima satu bentuk pembaharuan perundangan yang lebih efektif dalam menuju ke arah pembangunan Malaysia MADANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 September 2023.
![RMK12: Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti akan diperkenalkan - PM Anwar RMK12: Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti akan diperkenalkan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694430216_KSPRMKPMAnwar.jpg)
RMK12: Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti akan diperkenalkan - PM Anwar
Kerajaan akan memperkenalkan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti sebagai panduan tatakelola bebas rasuah.