BANGKOK: Seorang aktivis politik Thailand yang dituduh menghina institusi Diraja negara berkenaan meninggal dunia ketika dalam tahanan selepas mengadakan mogok lapar selama beberapa bulan.
Netiporn 'Bung' Sanesangkhorn meninggal dunia selepas jantungnya "berhenti berfungsi secara tiba-tiba" pada Selasa pagi, kata Jabatan Pemulihan.
Aktivis berusia 28 tahun itu, yang terlibat dalam gerakan belia yang menuntut reformasi monarki, ditahan sejak 26 Januari lalu.
Dia berdepan tujuh kes mahkamah termasuk dua pertuduhan pelanggaran lese-majeste atau menghina monarki.
Sanesangkhom memulakan mogok lapar sehari selepas ditahan, hanya mula mengambil minuman pada akhir bulan Februari dan makanan pada April.
Dia juga pernah dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.
Sanesangkhom menuntut reformasi pada sistem keadilan Thailand, termasuk perubahan pada undang-undang lese-majeste, yang melarang sebarang komen mengkritik keluarga Diraja.
Dia didakwa dalam dua kes melibatkan lese-majeste, satu berkenaan pandangan umum terhadap gangguan pada aliran trafik disebabkan konvoi Diraja.
Jika didapati bersalah, Sanesangkhom berdepan hukuman penjara selama 15 tahun untuk setiap pertuduhan.
Undang-undang lese-majeste Thailand adalah salah satu yang paling ketat di dunia bagi melindungi istana daripada kritikan.
Lebih 260 orang telah didakwa menghina monarki sejak tahun 2020.
Awal tahun ini seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 50 tahun di bawah undang-undang itu.
Astro Awani
Tue May 14 2024

Seorang aktivis Thailand dilihat memegang lilin bagi memperingati Sanesangkhom yang meninggal dunia ketika dalam tahanan pada Selasa. - Foto AP
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti
SPRM telah menahan reman tiga individu termasuk seorang aktivis politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.

Aktivis politik Thailand meninggal dunia dalam tahanan
Netiporn 'Bung' Sanesangkhorn meninggal dunia selepas jantungnya "berhenti berfungsi secara tiba-tiba" pada Selasa pagi.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga Datuk Mohammad Rafi
Beliau sempat menziarahi Mohammad Rafi di hospital sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 6.40 petang.

Rayuan aktivis politik pindah kes ke Mahkamah Sesyen KL ditolak
Perbicaraan kes seorang aktivis politik yang didakwa memuat naik sebuah video untuk memperlekehkan badan kehakiman kekal di Mahkamah Sesyen Sepang.

Selangor tarik balik tauliah mengajar agama aktivis politik
Bagaimanapun, ahli Exco yang memegang portfolio agama masih boleh menyampaikan pengajaran dengan syarat tidak menyentuh hal politik.