KOTA BHARU: Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
"Garis panduan ini bersesuaian dengan galakan sebagai Muslim untuk memperbanyakkan amal ibadah pada malam Jumaat," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian susulan isu ujian sistem siar raya pada satu majlis berdekatan sebuah masjid di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud menyangkal dakwaan isu tukang cuci dan pekerja pembersihan di Kompleks Kota Darulnaim tidak dibayar gaji.
"Selama ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak ada masalah mengendalikan staf termasuk tukang cuci, bahkan gaji dibayar lebih awal daripada tarikh sepatutnya dan tidak pernah ada tunggakan," katanya.
Beliau berkata siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang sengaja menyebarkan perkara berkenaan.
SUK Kelantan sebelum ini menafikan laporan yang mendakwa 20 tukang cuci dan pekerja pembersihan di Kompleks Kota Darulnaim tidak dibayar gaji sejak Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco
Hilmi Abdullah berkata perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.