Punca sebenar kejadian banjir lumpur di Lebuhraya KL-Karak Rabu hingga menyebabkan ribuan pengguna laluan itu terkandas, bakal disiasat pihak berkuasa namun, beberapa pihak tidak menolak kemungkinan bencana itu berlaku kerana aktiviti pembalakan dan pembangunan yang tidak terkawal.
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) antara yang percaya kejadian tanah runtuh di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran kawasan Lentang-Bukit Tinggi berpunca daripada kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Hutan Lipur Lentang.
Syarikat konsesi lebuh raya itu, Anih Berhad juga menyatakan sampah sarap, kayu balak dan batu-batuan yang dihanyutkan dalam kejadian itu berhampiran Hutan Lipur Lentang menunjukkan adanya 'aktiviti' tertentu di luar kawasan penyelenggaraannya menyebabkan berlakunya limpahan air.
Bagaimanapun, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan banjir lumpur itu berpunca daripada faktor semulajadi, tetapi tidak menafikan adanya aktiviti pembalakan berhampiran kawasan kejadian.
Kenyataan serupa diakui Jabatan Perhutanan Pahang yang menafikan kegiatan pembalakan di pinggir hutan simpan Lentang sebagai punca insiden itu, sebaliknya berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan hujan lebat dan faktor kegagalan cerun di situ.
FOTO: Banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menegaskan bahawa punca kejadian akan disiasat dan keputusannya dijangka diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu lagi.
Ia akan dimaklumkan selepas pakar-pakar yang berkaitan selesai membuat kajian terperinci berhubung insiden itu, katanya.
Bagaimanapun, katanya masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian itu dengan aktiviti pembalakan selagi siasatan belum selesai.
Kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui dengan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu.
Kesemua pemandu kenderaan itu dapat diselamatkan. Kejadian itu juga menyebabkan ribuan pengguna lebuh raya itu terkandas selepas aliran trafik dari kedua-dua hala sesak teruk selama beberapa jam.
Ia juga menyebabkan 25 penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang terpaksa dipindahkan ke Masjid Lentang dan diberi bantuan sewajarnya bagi memastikan keselesaan mereka.
Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan berlakunya banjir lumpur kali kedua di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sekiranya hujan lebat petang Khamis.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Soiman Jahid berkata kemungkinan itu berdasarkan tinjauan udara jabatan itu yang mendapati masih ada takungan air di puncak bukit berhampiran lebuh raya berkenaan.
Bernama
Fri Nov 13 2015

Kenyataan serupa diakui Jabatan Perhutanan Pahang yang menafikan kegiatan pembalakan di pinggir hutan simpan Lentang sebagai punca insiden itu. - Gambar Fail
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.

Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.

36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.

UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.

Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.

Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.

Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.

Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.

Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.