KUALA LUMPUR: Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan dan belum pulih sepenuhnya walaupun sempadan negara telah dibuka pada 1 April 2022.
Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Ravi Muthayah berkata keadaan tersebut tidak seharusnya berlanjutan malah kerajaan menyedari kebergantungan yang berterusan kepada pekerja asing boleh menjejaskan sektor perladangan sawit terutamanya dalam jangka masa panjang.
"Selagi kita tidak memperkenalkan teknologi yang dapat mengurangkan tenaga buruh maka kita tidak boleh lari daripada menggunakan tenaga kerja asing dalam sektor ini.
"Pekerja asing ini sebenarnya membantu menggerakkan ekonomi dan janganlah menganggap pekerja asing (telah) mengambil pekerjaan orang tempatan walaupun hakikatnya sektor perladangan ini kurang diminati oleh pekerja tempatan," katanya pada Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga di Sektor Perladangan Sawit 2022 di sini hari ini.
Sesi itu dianjurkan bersempena Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 Julai lepas.
Katanya kerajaan sentiasa menggalakkan pemain industri termasuk pekebun kecil menggunakan jentera agar tahap penggunaannya dapat dipertingkatkan selain mampu meningkatkan produktiviti dan pendapatan industri kelapa sawit.
Beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan untuk menggalakkan penggunaan mekanisasi dalam sektor perladangan yang dijangka akan memberi impak terhadap kebergantungan kepada pekerja asing.
"Kementerian telah melancarkan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) pada November 2021. Diharapkan dengan penubuhan konsortium itu, kita dapat meningkatkan aktiviti penyelidikan dengan teknologi mekanisasi dan automasi terkini dalam sektor perladangan," katanya.
Sektor perladangan sawit di negara ini mencatatkan kerugian mencecah hampir RM10 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei lepas apabila sejumlah 75.2 juta kelapa sawit tidak dapat dituai atau dikutip susulan kekurangan tenaga kerja asing.
Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, sektor perladangan tersebut mengalami kekurangan pekerja asing kira-kira 54,000 orang apabila 53 peratus daripadanya untuk kategori kerja penuaian dan pemungutan buah tandan segar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022

Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan dan belum pulih sepenuhnya walaupun sempadan negara telah dibuka pada 1 April 2022. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing
Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan.