KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak memandang serius aktiviti penyeludupan barangan kawalan bersubsidi di kawasan Serikin di sini, menurut Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof.
Beliau berkata kegiatan itu berlaku susulan pembukaan semula Pos Kawalan Sempadan Serikin yang sekali gus merancakkan kembali aktiviti perdagangan antara Malaysia dengan Indonesia.
Azman berkata antara barangan kawalan bersubsidi yang diseludup ke negara jiran melalui sempadan Serikin ialah gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, petrol, diesel, gula dan tepung gandum.
"KPDNHEP memandang serius isu ketirisan barangan kawalan bersubsidi kerana ia boleh mengakibatkan kerugian besar kepada negara.
"Barangan itu sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia, namun diseleweng pihak tidak bertanggungjawab ke negara jiran demi mengaut keuntungan lumayan," katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja di sempadan Malaysia-Indonesia di Serikin di sini hari ini.
KPDNHEP-PENYELUDUPAN 2 (AKHIR) KUCHING
Azman berkata berdasarkan statistik penguatkuasaan kementerian itu, dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, sebanyak 427 kes penyeludupan barang kawalan bersubsidi melibatkan nilai rampasan berjumlah RM69.74 juta berjaya dipatahkan.
"Kementerian akan terus menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan dengan mengadakan operasi bersepadu dan tindakan secara due diligence dengan mengadakan pengauditan di setiap rantaian pengedaran barang kawalan.
"Orang ramai juga disaran bersama-sama membantu kerajaan dengan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat serta aduan berhubung isu penyelewengan barangan kawalan bersubsidi kepada pihak KPDNHEP," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2022

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak memandang serius aktiviti penyeludupan barangan kawalan bersubsidi di kawasan Serikin. - BERNAMA

Bekas banduan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish dipenjara 15 tahun
Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan berbaiah, memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

KBS pertimbang gunakan teknologi dan inovasi dalam sukan untuk tarik tajaan korporat
Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan.
Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan
Kebakaran sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat kepada fenomena jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara, seterusnnya boleh memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan masyarakat.
Malaysia akan cadang inisiatif AI kepada Sekretariat ASEAN
Speaker Dewan Rakyat yang juga Presiden Perhimpunan Agung antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46, Tan Sri Johari Abdul berkata Malaysia akan mencadangkan inisiatif kecerdasan buatan (AI) kepada Sekretariat ASEAN untuk kemajuan serantau.

3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat sehingga 15 Feb lepas - Fahmi
Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan buka tirai
Lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir yang mengikuti sesi pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Pulau Pinang.
Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bermula pada Selasa
Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bermula pada Selasa di Batu Feringhi sehingga 27 Februari akan datang dengan kehadiran Menteri-menteri dan pegawai dari negara-negara anggota.
Pantau Agenda Reformasi: Apa tindakan selepas laporan Ketua Audit?
Pantau Agenda Reformasi bersama Datuk Seri Akhbar Sattar memberikan analisis mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada Selasa

PERKESO perkasa program Rawatan Bencana Kerja, manfaatkan pencarum Akta 4
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

Aktiviti penyeludupan di sempadan Serikin perlu dipandang serius - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak memandang serius aktiviti penyeludupan barangan kawalan bersubsidi di kawasan Serikin.

Stok makanan asas untuk Hari Raya dan Gawai di Sarawak mencukupi
Bekalan dan stok makanan asas dijamin mencukupi bagi menampung penggunaan pada bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Gawai.