Beroperasi secara sembunyi-sembunyi di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan dengan menjalankan aktiviti persundalan.
Namun, modus operandi sindiket itu berjaya dibongkar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dalam serbuan Ops Noda, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, operasi kira-kira jam 9 malam itu berjaya menahan seramai 14 wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 30-an.
"Pemeriksaan mendapati wanita yang bekerja sebagai tukang urut ini merupakan warga Indonesia (4 orang), Vietnam (6 orang) dan Thailand (4 orang).
"Turut ditahan adalah tiga lelaki tempatan dipercayai pekerja premis selain rampasan beberapa barang seperti tuala, minyak urut, kondom dan pasport," katanya dalam sidang media di IPD Serdang, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut taktik sindiket, beliau mendedahkan, sindiket yang aktif di hotel terkenal ini berselindung di sebalik premis spa dengan menjalankan kegiatan pelacuran.
Katanya, dengan harga kira-kira RM200 hingga RM500, pelanggan ditawarkan dengan pakej tertentu seperti urutan dan khidmat 'tambahan'.
"Siasatan juga mendapati premis ini telah aktif sejak kira-kira dua bulan lalu," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63.
Sinar Harian
Thu Aug 09 2018

Polis berkata, operasi kira-kira jam 9 malam itu berjaya menahan seramai 14 wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Kedai makan, medan selera 'hotspot' terbaharu aktiviti persundalan
Pasukan KL Strike Force mengenal pasti kedai makan dan medan selera di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew sebagai 'hotspot' terbaharu aktiviti persundalan.

'Miza Ozawa' dipenjara dua bulan cari langganan persundalan
Siti Amiza Baharuddin, 27, yang hamil enam bulan, dikenakan hukuman itu selepas kekal mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Shahrul Rizal Majid.

16 wanita Afrika terlibat aktiviti pelacuran di Bukit Bintang dicekup
Seramai 16 wanita warga Afrika yang dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan di sekitar Bukit Bintang ditahan malam tadi dalam serbuan di sebuah hotel bajet di sini.

5 termasuk remaja 17 tahun ditahan terbabit promosi aktiviti persundalan 'Geng Miza Ozawa'
Lima individu termasuk dua pelakon video seks yang mempromosikan aktiviti persundalan di platform Telegram ditahan pada 6 Jun lalu.

Penjawat awam negara jiran antara lapan pelacur asing ditahan
Kesemua wanita yang ditahan berusia antara 25 hingga 47 tahun itu ditahan dalam Op Noda.

Op Noda: Empat wanita warga asing ditahan
Operasi dijalankan pegawai serta anggota dari Balai Polis Taiping dan Bahagian Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

6 wanita warga asing dicekup disyaki terlibat aktiviti pelacuran
Enam wanita warga asing dicekup selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran dalam serbuan di sebuah pusat refleksologi di Kota Kinabalu.

Jurujual didakwa jadi orang tengah aktiviti pelacuran gadis 19 tahun
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan menjadi orang tengah untuk aktiviti pelacuran.

Bekas tentera diperintah bela diri terbabit aktiviti persundalan
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menjadi orang tengah ke atas dua wanita di sebuah hotel di Taman AST di Seremban, pada jam 12.05 tengah malam, 20 Jan tahun lalu.

Aktiviti persundalan di sebalik hotel, 14 tukang urut dicekup
Beroperasi secara sembunyi-sembunyi di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan dengan menjalankan aktiviti persundalan.