MERSING: Aktiviti selam skuba, selam snorkel dan lawatan pulau-pulau di sekitar perairan Mersing yang dihentikan berkuat kuasa serta-merta semalam, hanya akan diteruskan selepas penilaian risiko dilakukan, kata Pegawai Daerah Mersing Mohammed Shakib Ali.
Beliau berkata ini kerana, insiden kehilangan penyelam di perairan itu pada Rabu lepas adalah yang kedua berlaku membabitkan pengemudi bot yang dikesan berada di bawah pengaruh dadah.
"Aktiviti-aktiviti pelancongan seperti island hopping dan sebagainya, akan diteruskan semula apabila kita buat penilaian risiko mengenai aktiviti di laut memandangkan ini merupakan insiden kedua kita dapati bahawa pengemudi bot positif dadah.
"Oleh itu, pada saya perlu ada satu pendekatan untuk kita bersama-sama dengan persatuan atau pemiik bot untuk kita pantau kakitangan mereka semasa mengendalikan aktiviti di laut," katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini, hari ini.
Menurut Mohammed Shakib, perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku sehingga mendatangkan keraguan kepada pelancong yang mahu mengunjungi daerah itu, berikutan insiden berkenaan.
Selain itu, Mohammed Shakib berkata Majlis Daerah Mersing (MDM) menerusi Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian sedang dalam peringkat menguatkuasakan peraturan aktiviti air.
Katanya, di bawah peraturan itu akan dimasukkan syarat bahawa pusat menyelam perlu mempunyai lesen selain melaporkan setiap aktiviti mereka serta mengenakan bayaran berpatutan bagi menjalankan aktiviti berkenaan.
Pada tengah hari Rabu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di sekitar Pulau Tokong Sanggol, di sini.
Susulan itu, tekong bot yang membuat laporan mengenai kehilangan itu, ditahan selepas memberi keterangan pada pukul 11.30 malam hari yang sama, selepas ujian air kencingnya menunjukkan positif dadah jenis methamphetamine.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Mohammed Shakib berkata, insiden kehilangan penyelam di perairan itu pada Rabu lepas adalah yang kedua membabitkan pengemudi bot yang berada di bawah pengaruh dadah. - Maritim Malaysia
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.

Wanita lemas ketika selam skuba di Pulau Tenggol
Seorang wanita ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti penyelaman di Pulau Tenggol, di sini, pada Sabtu.

Juruselam cabul pelancong: Kes tak jejas industri pelancongan Semporna, Sabah - Menteri
Kejadian seorang jurulatih selam skuba didakwa mencabul seorang pelancong dari China ketika melakukan selaman di Semporna, baru-baru ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan di Sabah.

Hari Lautan Sedunia: Khidmat jurukamera dasar laut semakin dapat permintaan tinggi
Yang mendapat permintaan tinggi adalah apabila ada acara komersial seperti pemeriksaan bot, kapal, jeti, Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)

Penyelam skuba kutip sampah di dasar laut
Tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan secara berterusan agar keindahannya dapat diwarisi generasi akan datang.

Kakitangan MBSA lemas ketika selam skuba di Pulau Tenggol
Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor ditemukan lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun pagi tadi.

Tukun kapal terbang pertama ditenggelamkan cipta rekod MBOR
Ia merupakan kapal terbang ringan pertama sebagai tukun bagi membantu pembiakan terumbu dan menjadi tarikan baharu di Pulau Lang Tengah.

Aktiviti selam skuba, snorkeling sekitar Mersing akan diteruskan selepas penilaian risiko
Insiden kehilangan penyelam di perairan itu pada Rabu lepas adalah yang kedua membabitkan pengemudi bot yang berada di bawah pengaruh dadah.

Sultan Johor titah semua aktiviti selam di perairan Mersing dihentikan sementara
Berikutan insiden kehilangan empat penyelam sekitar Pulau Tokong Sanggul yang terletak berhampiran Pulau Sibu semalam.

Tiga faktor boleh gugat peluang temui tiga penyelam warga asing dengan selamat
Bagaimanapun, terdapat tiga faktor yang boleh menggugat peluang bagi tiga penyelam itu ditemui selamat.

Lukisan mural Laman Samudera tarikan terbaharu pelancong ke Mersing
Lukisan mural di Laman Samudera terletak berhampiran jeti penumpang Mersing hanya mengambil masa tiga minit berjalan kaki.