KOTA KINABALU:Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kewujudan hampir kesemua kluster COVID-19 di Sabah berpunca daripada aktiviti sosial seperti majlis keramaian.
Sehubungan itu, Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 di Sabah menasihatkan agar orang ramai mengurangkan aktiviti sosial bagi mengelakkan peningkatan jumlah kes COVID-19 di negeri ini.
"Kita melihat peningkatan COVID-19 di Sabah berpunca daripada aktiviti sosial atau jangkitan komuniti yang berjumpa dalam satu majlis keramaian.
"Sekiranya mengadakan keramaian seperti sambutan hari jadi dan sebagainya jangan menjemput orang luar, khususnya orang yang berada jauh dari rumah kita kerana kita tidak tahu sama ada dia dijangkiti COVID-19 atau pun tidak.
"Kejadian seumpama ini sudah banyak berlaku dan kita tidak mahu situasi COVID-19 di Sabah semakin memburuk," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 Sabah, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata kini terdapat trend peningkatan COVID-19 di Sabah selepas banyak aktiviti sosial yang diadakan sejak penghujung tahun lepas.
"Ada individu yang telah dijangkiti COVID-19 tanpa sebarang simptom... oleh itu kita perlu jaga keluarga kita dan jangan sesekali jemput orang luar datang untuk mengadakan pesta di rumah masing-masing," katanya.
Masidi juga menasihatkan orang ramai yang pernah berjumpa dengan pesakit COVID-19 untuk segera melakukan ujian saringan.
"Jangan cuba rahsiakan sekiranya pernah berjumpa dengan pesakit COVID-19 kerana terdapat juga kes jangkitan komuniti berlaku tanpa diketahui punca kerana orang yang dijangkiti COVID-19 masih berjalan-jalan kerana menyangka masih sihat kerana tiada simptom," katanya.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah mencatatkan 405 kes positif baharu pada Rabu menjadikan sejumlah 38,960 kes kumulatif di Sabah dan dua kes kematian direkodkan.
"Sebanyak 192 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 35,936 orang. Seramai 1,642 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 668 orang di hospital dan 1,624 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta 60 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 19 kes memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.
Masidi berkata pada Rabu Daerah Nabawan yang sebelum ini zon hijau telah bertukar kepada zon merah menjadikan tiada lagi zon hijau di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021
MASIDI: Sekiranya mengadakan keramaian seperti sambutan hari jadi dan sebagainya jangan menjemput orang luar, khususnya orang yang berada jauh dari rumah kita. - Gambar fail
ASEAN perlu bekerjasama bentuk masa depan pelancongan lebih baik - Onn Hafiz
Usaha ini akan menggambarkan semangat kolaborasi dan perkongsian visi yang mencerminkan ASEAN.
Penyerang bunuh diri selepas tembak mati dua hakim di Mahkamah Agung Tehran
Kedua-dua hakim itu dibunuh satu "pembunuhan terancang" di dalam mahkamah sebelum penjenayah melarikan diri dan mengambil nyawanya sendiri.
Yang perlu kita tahu mengenai pertukaran tahanan dan tebusan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dijangka berkuat kuasa mulai 8.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) hari ini Ahad (19 Januari).
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.