Prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang tukang masak yang dijatuhi hukuman penjara 15 bulan bagi kesalahan mencabul seorang murid lelaki tiga tahun lepas, tiba-tiba menjerit.
Sebaik keputusan dibacakan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tertuduh Mohd Yunus Hassan, 53, turut rebah di luar kandang pesalah sambil menjerit menyatakan dia tidak melakukan kesalahan itu.
"Aku bersumpah aku tak buat, apa akan jadi pada anak-anak aku, aku malu," jerit bapa kepada enam orang anak itu sebelum ditenangkan oleh tiga anggota polis.
Semasa menyampaikan keputusannya, hakim berkata hukuman penjara sehari diputuskan Mahkamah Majistret Seri Manjung pada 29 Ogos tahun lepas terhadap Mohd Yunus adalah tidak memadai.
Mahkamah tidak boleh memaafkan perbuatan tertuduh yang melepaskan nafsu ke atas kanak-kanak lelaki, katanya selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya How May Ling yang berhujah bahawa hukuman penjara sehari itu tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan.
Hakim Che Mohd Ruzima dalam pada itu mengekalkan denda RM4,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu yang dikenakan Mahkamah Majistret ke atas tertuduh.
Mohd Yunus didakwa mencabul budak lelaki berusia 12 tahun itu tanpa kerelaan di tandas lelaki sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung, kira-kira 3.30 petang, pada 18 Nov 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam M. Kathan yang mewakili tertuduh, meminta mahkamah mengekalkan hukuman penjara sehari itu kerana anak guamnya perlu menanggung isteri dan enam anak, menghidap kencing manis kronik serta mengalami tekanan jiwa sejak menghadapi pertuduhan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2017
!['Aku sumpah aku tak buat!', mahkamah kecoh tertuduh menjerit selepas jatuh hukuman 'Aku sumpah aku tak buat!', mahkamah kecoh tertuduh menjerit selepas jatuh hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452583079_CourtGavel.jpg)
Tertuduh turut rebah di luar kandang pesalah sambil menjerit menyatakan dia tidak melakukan kesalahan itu. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739012767_banjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga pagi tadi.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739011710_Afghanistan.jpg)
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
![Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024 Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739012198_NinoyAquinoInterna.jpg)
Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024
Selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini".
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736827290_rumahhantusekolah.jpg)
Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
![Warga emas ditahan cabul anak jiran usia enam tahun Warga emas ditahan cabul anak jiran usia enam tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718707936_HandcuffGari.jpg)
Warga emas ditahan cabul anak jiran usia enam tahun
Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut ketika kanak-kanak itu sedang bermain di halaman rumahnya.
![Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730734295_rakamanvideo.jpg)
Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.
![Pegawai kanan, 6 anggota polis ditahan berkaitan kes pemerasan, cabul Pegawai kanan, 6 anggota polis ditahan berkaitan kes pemerasan, cabul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728710816_TBRusdi.jpg)
Pegawai kanan, 6 anggota polis ditahan berkaitan kes pemerasan, cabul
Seorang pegawai kanan polis bersama enam anggota ditahan bagi siasatan berkaitan kes pemerasan dan cabul melibatkan seorang wanita.
![Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722951548_KetuaPolisDaerahK.jpg)
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
![Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705564728_HandcuffGari.jpg)
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.
![Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717468190_rakamanvideo.jpg)
Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
![Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711687432_TBrogoljpg.jpg)
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
![Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707452224_TBcabul.jpg)
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.