KELAB Arab Saudi AL Ahli bersedia untuk membuat bidaan 30 juta pound (RM180.75 juta) untuk pemain sayap Manchester City, Riyad Mahrez.
Pemain antarabangsa Algeria itu masih dalam proses menentukan masa depannya dan dia tidak menolak perpindahan itu.
Bagaimanapun, dia masih boleh memilih untuk kekal di Stadium Etihad kerana masih mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya bersama City.
Walaupun jumlah RM180 juta adalah nilai yang sangat baik untuk City berdasarkan umur Mahrez dan status kontrak, namun dilaporkan mereka tidak begitu berminat untuk menjual pemain sayap itu.
Pengendali City, Pep Guardiola mahu mengekalkan Mahrez dan Bernardo Silva, yang turut menarik minat kelab dari Arab Saudi.
Mahrez menjadi tonggak utama City sejak berpindah dari Leicester pada tahun 2018.
Dia meledak 78 gol dalam 236 penampilan untuk City, memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris serta satu Liga Juara-Juara Eropah.
City sudah kehilangan seorang pemain senior pada jendela perpindahan musim panas ini, Ilkay Gundogan yang menyertai Barcelona. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 14 2023

Mahrez menjadi tonggak utama City sejak berpindah dari Leicester pada tahun 2018. - Agensi/Sinar Harian

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Liga Pro Saudi ubah pasaran bola sepak - Pep Guardiola
Arab Saudi telah mengubah pasaran perpindahan bola sepak dalam usaha negara itu untuk mencipta liga yang kukuh, kata pengendali Manchester City, Pep Guardiola.

Riyad Mahrez sertai kelab Arab Saudi Al-Ahli
City bersetuju dengan bayaran yang difahamkan bernilai sehingga GBP30 juta dengan Al-Ahli untuk pemain antarabangsa Algeria itu minggu lalu.

Al Ahli sedia bayar RM180 juta untuk Mahrez
AL Ahli bersedia untuk membuat bidaan 30 juta pound (RM180.75 juta) untuk pemain sayap Manchester City, Riyad Mahrez.

City kutip mata berharga
Kemenangan bermakna itu diraih The Citizens selepas menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge pada Jumaat.

Man City bangkit kongsi mata dengan West Ham
Peluang The Reds untuk meraih empat gelaran yang belum pernah berlaku sebelum ini kelihatan kembali terbuka.

UCL: Guardiola kagum nafsu Mahrez benam PSG
Kali ini, Mahrez menjaringkan satu gol dalam setiap babak untuk memastikan kemenangan agregat 4-1 buat pasukannya.

Southampton buat Manchester City derita, kata Guardiola
Tiga hari selepas tewas 0-2 kepada Manchester United dalam aksi 'derby', City kembali ke landasan kemenangan dalam perlawanan penuh aksi itu.

COVID-19: Dua tonggak City, Mahrez, Laporte diuji positif
Dua pemain itu telah dijangkiti COVID-19 walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala dan kini perlu menjalani kuarantin.

Pengadil berat sebelah - Solskjaer
Tatkala United memburu gol kedua, Matic mengutip kad kuning kedua atas kekasaran kecil terhadap Ilkay Gundogan selepas dia terlebih dahulu menerima amaran awal kerana mengasari Riyad Mahrez.

5 pilihan peminat untuk ganti Coutinho
Siapa pengganti Coutinho pilihan peminat Liverpool?