PEKAN: "Inilah tempat saya dilahirkan," demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebaik melangkah memasuki Istana Mangga Tunggal, di sini iaitu tempat baginda diputerakan hampir 64 tahun yang lepas.
Seri Paduka yang ditemani Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah meluangkan masa lebih setengah jam melawat istana yang dibina oleh seorang tukang Melayu yang mahir dan sering membina istana raja pada zaman dahulu, Awang Mat Ali.
Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang ketika bertitah menzahirkan harapan agar istana berkenaan dapat dijadikan galeri dan dibuka kepada orang awam untuk melihat sendiri tempat Seri Paduka dibesarkan bersama kekanda dan adinda baginda.
"Saya harap kita buka untuk orang ramai buat galeri, kalau tak ada orang jaga dan tengokkan sayang juga... Alhamdulillah dah nampak elok sikit," titah baginda ketika melawat istana berkenaan selepas mengurniakan sumbangan kepada golongan asnaf dan miskin yang mendiami Tanah Kesultanan Pekan, di sini semalam.
Istana yang namanya diambil sempena peristiwa sepohon pokok mangga yang berbuah hanya sebiji pada setiap kali musim buah di kawasan istana tersebut, turut memaparkan pelbagai koleksi potret Seri Paduka bersama keluarga selain masih menempatkan beberapa perabot asal dan barangan antik.
Ketika kunjungan berkenaan, Seri Paduka membawa pengamal media melihat sendiri kamar baginda diputerakan pada tanggal 30 Julai 1959, selain menceritakan kenangan baginda bersama Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad ketika berada di ruang santap dan dapur.
Baginda merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan.
Selain itu, Seri Paduka juga berkongsi kisah zaman kanak-kanak baginda yang sering bermain bola bersama rakan sekolah termasuk peristiwa yang Al-Sultan Abdullah terjatuh pokok sehingga mengalami patah tangan.
Malah, Seri Paduka juga secara santai menceritakan pengalaman ngeri dan 'gangguan' yang dialami oleh petugas dan kekanda baginda ketika menetap di istana itu dahulu.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut kelihatan merakam gambar di istana berkenaan sebagai kenangan.
Istana Mangga Tunggal dibina pada 1934, pada awalnya didiami oleh Tengku Panglima Perang iaitu ayahanda kepada Almarhum Tengku Ampuan Afzan yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Pahang yang pertama.
Istana yang kini berusia hampir 90 tahun itu juga merupakan tempat bersemayam Almarhum Sultan Ahmad Shah sebelum baginda bersemayam di Istana Abu Bakar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kelihatan merakam gambar di istana berkenaan sebagai kenangan. - Foto Istana Negara

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.