KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan keluarganya sepanjang lima tahun menjawat jawatan tertinggi negara itu.
Seri Paduka ketika bertitah pada Istiadat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang diadakan di Istana Negara, di sini turut menyuarakan rasa terharunya di atas kasih sayang yang diberikan keluarganya sejak menaiki tahta sebagai Sultan Pahang, sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
"Memang pada permulaannya agak mengejut dan begitu tidak diduga, tidak sangka untuk memegang jawatan secepat begini. Alhamdulillah dengan anugerah keberkatan Allah SWT, semuanya berjalan dengan sebaik mungkin.
"Sokongan dan dorongan yang dipamerkan oleh semua adik-beradik dan anakanda saya begitu disanjungi dan mudah-mudahan kita semua diberkati Allah," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah turut berkongsi beberapa kenangan manis dan pahit sepanjang lima tahun Seri Paduka berada di Kuala Lumpur yang boleh dikenang sebagai telah merapatkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan kerabatnya.
"Sudah tentu banyak kenangan manis dan pahit. Antaranya ialah keluarga kita kehilangan ayahanda pada 2019 dan ini sedikit sebanyak membuat kita begitu sedih...Kenangan manis sepanjang lima tahun ini, saya dapat empat cucu dan beberapa cucu saudara.
"Dengan berkat kesatuan kekanda dan adinda, kita berjaya untuk sentiasa bersama di setiap program kekeluargaan dan majlis di istana," titah Seri Paduka yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana berjaya mentadbir Pahang dengan berjaya selama ini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat ke istiadat hari ini.
Pada istiadat tersebut, Seri Paduka berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) kepada Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Haji Ahmad Shah dan Isterinya Cik Puan Nur Bahiyah Mohamad Akip.
Darjah SIMP juga dikurniakan kepada Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahad Mua'adzam Shah yang turut menerima Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP).
Selain Tengku Fahad, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan SSAP kepada Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Meriam, Tengku Puteri Seri Teja Tengku Puan Sri Muhaini, Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Datuk Nong Fatimah dan Tengku Puteri Seri Bongsu Tengku Datuk Shahariah.
Al-Sultan Abdullah turut mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada Datuk Maharaja Lela Azuan Effendy Zairakithnaini dan Juruiring Polis Seri Paduka SAC Datuk Mohd Azani Omar serta Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) kepada Penasihat Undang-Undang Istana Negara Datuk Abdul Rahman Putra Taha.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023

Al-Sultan Abdullah turut berkongsi beberapa kenangan manis dan pahit sepanjang lima tahun Seri Paduka berada di Kuala Lumpur yang boleh dikenang sebagai telah merapatkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan kerabatnya. - Gambar Bernama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Al-Sultan Abdullah zahir rasa syukur atas sokongan keluarga
Al-Sultan Abdullah hari ini menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan keluarganya sepanjang lima tahun menjawat jawatan tertinggi negara itu.

Pegang jawatan tertinggi FAM hanya tiga penggal
FAM melakukan pindaan statut yang menyaksikan jawatan tertinggi dalam badan induk bola sepak itu hanya boleh dipegang selama tiga penggal sahaja.

PAU2022: Dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan
Ahmad Said berkata perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan majoriti daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022.

Pemilihan PKR: 11,282 calon disahkan boleh bertanding - Pengerusi JPP
Pencalonan itu terdiri daripada calon yang mencalonkan diri sendiri atau dicalonkan oleh ahli parti lain.

Jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan - Khairy
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak bersetuju jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.