KUALA LUMPUR: Pengunjung Sunway Pyramid berpeluang menikmati pengalaman "The Batman" di kolam air pancut di tingkat bawah kompleks beli belah itu, bermula Selasa hingga 20 Mac ini.
Menurut Sunway Pyramid dalam kenyataan semalam, ia adalah satu-satunya tarikan berkaitan Batman yang diadakan di Malaysia, bersempena filem Batman terbaharu yang akan ditayangkan di panggung wayang hari ini.
"Peminat Batman tidak boleh ketinggalan, kerana ia menampilkan Batman Corner, The Riddler Corner, Gotham City, permainan, pelbagai aktiviti, hadiah dan produk eksklusif Batman.
"Perjumpaan 'kumpulan adiwira DC' akan turut diadakan setiap Ahad melibatkan pemain cosplay yang akan berpakaian sebagai wira dan penjahat," katanya.
Selain itu, pengunjung turut berpeluang memenangi figura Batman bersaiz sebenar, setinggi tujuh kaki, yang dibawa dari Jerman dan dihasilkan eksklusif untuk Sunway Pyramid.
Menurut kenyataan itu, pelbagai pertandingan di media sosial akan turut dianjurkan sepanjang acara tersebut di laman Facebook Sunway Pyramid.
Orang ramai berpeluang menjadi salah seorang pemenang yang membawa pulang set Funko Pop, produk eksklusif Batman, tiket menonton filem, permainan video Batman, Hot Wheels dan barangan Typo, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Perjumpaan 'kumpulan adiwira DC' akan turut diadakan setiap Ahad melibatkan pemain cosplay yang akan berpakaian sebagai wira dan penjahat. - Foto Sunway Pyramid

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.

Alami dunia Batman di Sunway Pyramid
Ia adalah satu-satunya tarikan berkaitan Batman yang diadakan di Malaysia, bersempena filem Batman terbaharu.

Kakitangan positif COVID-19, kedai peralatan sukan di Sunway Pyramid ditutup
Individu yang terbabit sudah dikuarantin selari dengan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

50 peratus premis pusat membeli-belah Sunway Mall mula beroperasi
Beberapa pemilik premis telah mula beroperasi sejak semalam termasuk bagi melaksanakan persiapan langkah pencegahan wabak COVID-19.

Eskalator di Sunway Pyramid disalahgunakan - pengurusan
Hasil siasatan mendapati terdapat penyalahgunaan eskalator itu, termasuk dengan penggunaan kereta sorong bayi, sekaligus menunjukkan kurangnya etika sebagai faktor penyumbang terhadap insiden itu.

Apabila Tun Mahathir menonton Star Wars di Sunway Pyramid
Tun Dr Mahathir Mohamad ke sebuah pawagam di Sunway Pyramid untuk menonton 'Star Wars: The Force Awakens' petang tadi, sekaligus mengejutkan ramai pihak.