KUALA LUMPUR: “Alhamdullillah Allah selamatkan saya.”
Demikian reaksi salah seorang pemilik kenderaan yang bahagian bumbung keretanya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Pinang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 3.30 petang sebentar tadi.
Menurut Md Monir Dewan, 46 tahun, ketika kejadian, dia berada di dalam kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna merah itu baru memulakan perjalanan dari rumahnya menuju ke pejabatnya di Soho Suites.
“Sewaktu kejadian, saya memberhentikan kenderaan disebabkan ada sepasukan kenderaan pengiring yang melalui jalan sama menyebabkan saya perlu menunggu sehingga kenderaan yang diiring melepasi laluan sama.
“Kejadian itu berlaku dalam keadaan yang sangat cepat dan saya hampir terlupa dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
“Alhamdullillah saya selamat, tiada luka-luka dan Allah selamatkan saya,” katanya ketika ditemui selepas Jalan Pinang dibuka kepada trafik.
Sementara itu bagi Muhamad Zekry Ali, 36 tahun, ketika kejadian dia berada di pejabat sewaktu motorsikal miliknya dihempap pokok yang tumbang.
Motorsikal jenis Yamaha LC yang baru dibelinya kurang setahun lalu merupakan antara lima motorsikal dan tiga buah kereta yang terlibat dalam kejadian sama.
“Semasa kejadian, saya berada di pejabat dan angin agak kuat dan nampak pokok-pokok di hadapan pejabat bergoyang
“Beberapa minit selepas itu, saya terdengar bunyi pokok tumbang yang dan bunyinya agak kuat.
“Sewaktu itu terdetik untuk saya turun dan melihat kejadian rupanya motor saya turut dihempap pokok yang tumbang,” katanya.
Tambahnya, susulan kejadian itu, dia akan membuat laporan ke pihak polis sebelum memanjangkan laporan tersebut kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Saya akan membuat laporan ke pihak polis dan memanjangkan laporan ke pihak DBKL.
“Saya rasa pihak DBKL perlu melakukan pemantauan lebih kerap terhadap pokok-pokok yang tua di sekitar Kuala Lumpur,” tambahnya.
Terdahulu, lapan kenderaan melibatkan tiga buah kereta dan lima motorsikal dihempap dalam kejadian pokok tumbang di hadapan Menara Prestige, Jalan Pinang, Kuala Lumpur sekitar jam 3.40 petang.
Bagaimanapun, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.
Syafik Shukri Jalil
Mon May 13 2024

Md Monir (kiri) dan Muhamad Zekry meminta DBKL melakukan pemantauan lebih kerap terhadap pokok-pokok yang tua di sekitar Kuala Lumpur. - Gambar Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.