PENYANYI dan pelakon, Alif Satar teruja dapat kembali bekerjasama dengan kumpulan Raihan buat kali ketiga.
Tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya, Alif mengaku mengalirkan air mata sewaktu sesi rakaman berlangsung.
Kata Alif, lirik dan lagu-lagu Raihan sememangnya sangat menyentuh hati sehingga membuatkan dirinya berasa sebak.
“Lagu-lagu Raihan penuh kesedaran dan menyentuh perasaan. Jadi bila kita rakam hampir kesemua lagu-lagu zikir, selawat, berulang-ulang kali memang sebak.
“Secara automatik perasaan itu datang dari hati, bila kami mahu merakamkan semula lagu itu, saya terpaksa minta semua orang berhenti seketika kerana terlalu sebak. Itulah antara momen yang saya ingat sampai sekarang,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengimbas kembali proses rakaman, Alif berkata, segalanya berjalan dengan lancar dan amat bermakna bagi dirinya.
Lebih-lebih lagi kali ini ketika proses rakaman, Raihan benar-benar berada di sisinya.
“Sewaktu lagu Sesungguhnya pada tahun 2019 sebelum ini, masa saya rekod, ketika itu secara berseorangan namun untuk proses rakaman lima lagu ini abang-abang Raihan semua duduk di sebelah saya.
“Menyanyi bersama-sama, rakamkan seperti persembahan akustik secara langsung. Ini merupakan pengalaman pertama saya sepanjang 16 tahun terlibat dengan rakaman seperti ini.
“Jadi bila sewaktu saya menyanyi itu umpama mengimbas kembali detik saya berusia tujuh tahun. Mama dengan ayah bawa saya ke sekolah pasang lagu Raihan.
“25 tahun kemudian, di sini lah saya duduk bersebelahan dengan idola dan ikon saya. Momen itu sangat menyentuh perasaan saya.
“Bukan sahaja untuk saya tetapi anggota The Locos juga merasai perasaan yang sama. Lagu-lagu ini dah terbentuk dalam jiwa rakyat Malaysia, saya pasti mereka akan tahu lagu ini.
“Lima lagu ini antara yang saya rasa lagu sing a long kumpulan Raihan,” jelasnya.
Tambah Alif lagi, walaupun sudah tiga kali bekerjasama dengan Raihan namun perasaan gementarnya tetap ada.
“Nak jadikan cerita saya dengar lagu Raihan sejak umur tujuh tahun jadi kiranya saya dah 'practice' selama 25 tahun untuk detik ini, lima lagu ini.
“Sesi rakaman hanya mengambil masa dua jam, ini menunjukkan betapa anda sangat mengenali lagu itu, sebagai contoh jika saya menyanyikan salah lirik pun saya pasti anda semua akan tahu.
“Semua proses selesai dalam tempoh dua hari. Apa yang menarik, setiap lagu yang dirakam hanya sekali sahaja ibarat menyanyi secara langsung.
“Sejujurnya saya masih lagi berasa gementar walaupun kami sudah bekerjasama sebanyak tiga kali. Raihan ini bagi saya sangat berharga.
“Mereka bertaraf antarabangsa namun sikap mereka kekal sama, tidak sombong, murah dengan senyuman dan gemar berkongsi ilmu pengetahuan. Sangat senang bekerja dengan mereka,” ujarnya.
Alif bersama kumpulannya, The Locos kembali dengan merakamkan semula lima lagu bersama Raihan.
Kolaborasi ketiga mereka ini dijadikan koleksi EP istimewa yang diberi nama The Sunnah The Better yang diterbitkan secara eksklusif oleh Warner Music Malaysia.
Lagu-lagu yang dirakamkan adalah Bismillah, 25 Rasul, Puji-Pujian x Syukur (medley), Assolatuwassalam dan Rayuan Rindu.
Sebelum ini, Alif & The Locos telah bekerjasama bersama Raihan menerusi lagu Sesungguhnya pada tahun 2019 dan Damba Cinta Mu pada tahun 2020.
Ketiga-tiganya dilakukan semasa menyambut bulan istimewa iaitu Ramadan.
Kesemua muzik video EP ini boleh ditonton secara berperingkat di YouTube Alif Satar secara berperingkat.
Gempak
Fri Apr 08 2022
![Alif Satar seronok, menangis duet dengan Raihan Alif Satar seronok, menangis duet dengan Raihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649387474_TBALIFFSATAR.jpg)
Alif Satar dan The Locos teruja dapat kembali bekerjasama dengan kumpulan Raihan buat kali ketiga. - Gambar GEMPAK
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar... Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715489341_TBalifSatar.jpg)
Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
![Sibuk bekerja, Alif Satar serah tugas persediaan raya kepada isteri Sibuk bekerja, Alif Satar serah tugas persediaan raya kepada isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712654948_AlifSatar.jpg)
Sibuk bekerja, Alif Satar serah tugas persediaan raya kepada isteri
Selebriti versatil, Alif Satar menyerahkan segala urusan persiapan raya pada tahun ini kepada isterinya, Sha Dila Hadid.
![PDRM sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat' PDRM sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706650685_GengSubuhMacamJum.jpg)
PDRM sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat'
PDRM menjadi agensi kerajaan pertama sahut kempen #GengSubuhMacamJmumaat yang digerakkan selebriti Alif Satar.
![Program imarah masjid, semarak subuh akan diperkasa - Zulkifli Program imarah masjid, semarak subuh akan diperkasa - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705131991_ZulkifliHasan.jpg)
Program imarah masjid, semarak subuh akan diperkasa - Zulkifli
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperkasakan lagi program pengimarahan masjid dan mengadakan program semarak subuh pada tahun ini.
![Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703850326_ALIFSATARACCIDENT.jpg)
Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah
Selebriti tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya, menerusi satu hantaran di Instagram.
![Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701996167_AlifSatar.jpg)
Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri
Alif bersyukur dan teruja kempen Geng Subuh Macam Jumaat mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam.
![Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687338791_TBAlifSatarHaji.jpg)
Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji
"Terima kasih Allah, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan."
![Rezeki Alif Satar jumpa Mufti Menk di Tanah Suci Rezeki Alif Satar jumpa Mufti Menk di Tanah Suci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671076335_alifsatarmuftime.jpg)
Rezeki Alif Satar jumpa Mufti Menk di Tanah Suci
Siapa sangka pendakwah terkenal dunia solat bersebelahan dengan artis terkenal itu.
![Lakon babak mesra dengan pelakon wanita, isteri percaya Alif Satar tidak melampaui batas Lakon babak mesra dengan pelakon wanita, isteri percaya Alif Satar tidak melampaui batas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660713576_alifsataristeri.jpg)
Lakon babak mesra dengan pelakon wanita, isteri percaya Alif Satar tidak melampaui batas
Shadila Halid sangat memahami dan mempercayai suaminya.
![Ducati Malaysia lancar model baharu, umum pengembangan rangkaian Ducati Malaysia lancar model baharu, umum pengembangan rangkaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654726351_AlifSatar.jpg)
Ducati Malaysia lancar model baharu, umum pengembangan rangkaian
Ia turut memperkenalkan kemudahan Ducati Corse Credit serba baharu untuk pembelian motosikal Ducati baharu.