KUALA LUMPUR: Selepas ditayangkan di lebih 16 buah negara, kini masa untuk rakyat Malaysia merasai kehangatan program realiti All Together Now Malaysia (ATNM) yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.
Sebelum ini program realiti yang menampilkan 100 orang juri ini telah mendapat sambutan hangat penonton dari negara Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Finland, dan Perancis.
Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini dalam versi tempatan.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, format ATNM ini dipilih bagi mengetengahkan bakat-bakat baharu selain daripada kalangan artis sedia ada.
"Antara sebab mengapa Astro memilih format ini sebab kita sudah lama tidak mengetengahkan bakat-bakat lain selain daripada artis sedia ada.
"Kita dah ada Big Stage, Gegar Vaganza... jadi ini merupakan satu program yang kita buka untuk mereka di luar sana mengetengahkan bakat mereka pula.
“Kalau boleh kita nak tunjuk melalui program ini, di Malaysia kita masih mempunyai bakat-bakat baharu yang belum diketengahkan,” katanya dalam sidang media ATNM.
Masih mengekalkan format asal program, namun terdapat pengisian elemen tempatan yang disuntik bagi menambah baik format asal bersesuaian dengan resam norma baharu, budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia.
Dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP), ATNM juga melakukan sedikit perubahan daripada segi jumlah juri yang terlibat dalam program tersebut.
Jika di luar negara mereka menampilkan 100 orang juri, namun di Malaysia program ini hanya menampilkan 50 orang juri sahaja.
Penyanyi, Erra Fazira yang merupakan salah seorang juri ATNM mengaku sangat teruja menyertai program ini.
Ia kerana bukan sahaja dapat berkumpul dengan rakan artis, malah beliau juga dapat melihat bakat-bakat baharu yang belum diketengahkan kepada umum.
“Saya sangat teruja menjadi salah seorang daripada 49 juri yang lain, dan saya sangat bangga melihat semua peserta yang dapat membuat persembahan di hadapan 50 juri.
“Kita kadang-kadang depan tiga empat orang juri pun kita dah gugup, ini pula mereka yang harus menyanyi depan 50 juri.
"Namun mereka melakukannya dengan baik sekali,” katanya pada sidang media ATNM yang diadakan secara dalam talian.
Selain Erra Fazira, antara selebriti lain yang turut terlibat sebagai juri ialah Daniel Chean (Gempak TV), Haniff Era, Khai Bahar, Siti Nordiana, Azzam Sham, Ifa Raziah, dan Datuk AC Mizal selaku Kapten.
Sherry Alhadad pula berperanan sebagai hos bagi mengendalikan program tersebut yang akan bersiaran selama 10 minggu.
ATNM akan bersiaran setiap Ahad bermula 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Asyraf Roslan
Fri May 28 2021

Sherry Alhadad berperanan sebagai hos bagi mengendalikan program tersebut yang akan bersiaran selama 10 minggu. -Foto Astro
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kru 'All Together Now Malaysia' akan dipanggil ke IPD Putrajaya
Kru yang terlibat dalam program hiburan 'All Together Now Malaysia' termasuk 50 juri selebriti akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bagi membantu siasatan.

Polis sahkan All Together Now Malaysia rakaman lama, tiada siasatan dibuat
Keputusan tidak mengambil sebarang tindakan dibuat selepas semakan mendapati rakaman program tersebut dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.

'All Together Now Malaysia' dihentikan sementara
Pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran SOP selesai.

ATNMY: Ajoi Zainal peserta pertama layak ke episod akhir
ATNMY merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia tanpa sebarang had umur bermula malam ini.

'All Together Now Malaysia' bakal ketengah bakat baharu
ATNM akan bersiaran setiap Ahad bermula 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.