Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba mengetuai senarai 375 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena Hari Wilayah Persekutuan, esok.
Abdul Ghafar yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu dari 10 Mei sehingga 15 Okt 1993, dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Turut dikurniakan darjah yang sama ialah bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Mohamad Zabidi memegang jawatan berkenaan dari 15 Mac 2013 hingga 31 Dis tahun lepas (2016).
Sejumlah 19 individu pula dianugerahkan pingat Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani; Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Mazidah Abdul Majid.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi; Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Jayasiri Jayasena; Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Mohd Azhar Hj Yahaya.
Turut menerima SMW ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Johan Abdullah; Setiausaha Eksekutif Majlis Tertinggi Barisan Nasional Datuk Seri Abu Khamis; Pengerusi Panel Penasihat Syariah Amanah Ikhtiar Malaysia Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz;
Pengerusi CRSC Holdings Bhd Datuk Seri Low Wui Keong; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Building Society Bhd (MBSB) Datuk Seri Ahmad Zaini Othman; Pengerusi Al Rajhi Banking & Investment Corporation (M) Bhd Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani N Hassan Thani;
Penasihat Komunikasi kepada Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan; President of Malaysian Punjabi Chambers of Commerce and Industries Datuk Seri Daljit Singh A/L Gurudeb Singh; Presiden Parti Makkal Sakthi Datuk Seri R.S Thanenthiran; Datuk Seri Chiau Beng Teik dari Midas Property;
Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif PA Resource Sdn Bhd Datuk Seri Lau Kuan Kam; Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah dan Ketua UMNO Bukit Bendera, Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Ismail.
Sejumlah 76 individu pula dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Antara penerima berkenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Rose Lena Lazemi; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Dr Junaida Lee Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio-Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan Rosida Jaafar; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Sosio-Ekonomi Kementerian Wilayah Persekutuan, M Noor Azman Taib; dan Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan, Dr Noor Aliyah Ismail.
Turut dianugerahkan PMW ialah Pengurus Besar Aset Kayamas, Lee Chan Kuen; Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai; Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Zakran Abd Manan; Naib Ketua UMNO Labuan Khalid A. Ghani; Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii; Ketua MIC Labuan, Ramasamy Rengasamy; Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Lee Beng Seng dan Pengarah Urusan Makkal Osai Sdn Bhd, Sunther Subramaniam.
Sebanyak 32 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 75 individu menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 76 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 95 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
Seorang daripada penerima JMW merupakan pendakwah Dr Mohd Farid Ravi Abdullah.
Pasangan beregu lelaki badminton yang meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Wei Shem dan Tan Wee Kiong merupakan antara penerima KMW.
Turut menerima KMW ialah jurulatih badminton, Jeremy Gan Wye Teck.
Presiden Kelab Kartunis Malaysia, Mohd Desa Omar merupakan seorang daripada penerima AMW. Seorang lagi penerima AMW ialah personaliti TV3, Azwaliza Azman.
Dua petugas media di Putrajaya iaitu jurufoto Chai Wai Chuen daripada Sin Chew Media Corporation Bhd dan jurufoto Mohd Zaki Amiruddin daripada Utusan Melayu (M) Bhd merupakan penerima PPW.
Turut menerima PPW ialah pelakon Datin Naszriah Ngasri yang lebih popular dengan nama Anne Ngasri, iaitu Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017

Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba mengetuai senarai 375 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena Hari Wilayah Persekutuan. - fotoBERNAMA

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba mengetuai senarai 375 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena Hari Wilayah Persekutuan.