KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung kes melibatkan seorang lelaki yang mendakwa kenderaan miliknya yang disewakan menerusi satu aplikasi dalam talian telah hilang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
"Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, siasatan awal dijalankan mendapati, mangsa mendaftarkan akaun melalui satu aplikasi dalam talian untuk menyewakan kenderaan milik isteri mangsa dengan kadar sewaan RM700 sehari.
"Pada 9 Jun lalu, mangsa telah menerima notifikasi menerusi aplikasi berkenaan bahawa terdapat pelanggan yang berminat menyewa kenderaan tersebut selama sehari mulai 29 hingga 30 Jun 2022.
"Urusan pengambilan dan penghantaran kenderaan kepada pelanggan diuruskan oleh pihak aplikasi berkenaan," katanya.
Menurutnya, pihak tersebut telah menyerahkan kenderaan milik mangsa kepada seorang lelaki tempatan dan urusan serahan dilakukan di Bangsar South Kuala Lumpur pada 29 Jun lalu.
"Namun pada 30 Jun, penyewa kenderaan tersebut didapati gagal memulangkan kereta pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
"Pihak aplikasi tersebut memaklumkan mahu mengambil kenderaan tersebut daripada suspek tetapi pihak suspek menegaskan akan memulangkan kereta tersebut terus kepada mangsa dan meminta wakil pihak aplikasi membatalkan penghantaran tersebut," katanya.
Ujar Amihizam, mangsa telah menghubungi suspek dan dimaklumkan bahawa kenderaan tersebut telah diserahkan kepada penyewa lain di Banting.
"Bagaimanapun, mangsa telah gagal menghubungi suspek serta kenderaan tersebut tidak dikembalikan sehingga ke hari ini.
"Pihak aplikasi tersebut telah hadir membuat satu laporan polis bertujuan sebagai covering report (penafian) dan laporan polis tersebut telah diklasifikasi sebagai ROR (Refer To Other Report) kepada aduan dibuat oleh mangsa pada 1 Julai lalu bagi tindakan siasatan selanjutnya," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 06 2022

Menurut polis, kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pembantu kedai makan didakwa tipu dalam penjualan kenderaan
Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dalam penjualan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard bulan lepas.

Alhamdulillah, Allah selamatkan saya - Pemilik kenderaan
Alhamdullillah Allah selamatkan saya.

Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.

Lelaki warga Singapura koma MPV jatuh gaung
Insiden tersebut mengakibatkan mangsa, Christopher Lim Teck Whye, 49, tersepit di tempat duduk pemandu dalam keadaan MPV tenggelam separuh dalam sungai berkenaan.

Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Polis tahan pemandu Toyota Alphard memandu secara berbahaya
Suspek yang ditahan kira-kira jam 2 petang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun.

Polis jejaki pemandu Toyota Alphard pandu secara berbahaya di Lebuhraya Karak
Satu laporan polis telah dibuat dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Isteri Tengku Muda Pahang cedera dalam kemalangan
Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Mersing, Johor.

SPRM Johor tahan dua pegawai agama disyaki terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai agama hari ini kerana disyaki menerima rasuah daripada syarikat yang mencetak buku bagi Sekolah Agama Rakyat Johor.