KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendidikan, kefahaman dan fikrah Islam yang dipelopori oleh alumni Universiti Al-Azhar, Mesir menjadi 'kubu pertahanan' akidah umat Islam.
Dalam perutusan video sempena Sambutan Hari Al-Azhar Sedunia hari ini, beliau berkata menjadi tradisi bagi universiti terulung Islam itu menghasilkan para ilmuwan yang memberi sumbangan besar bukan hanya kepada Malaysia malah seluruh dunia.
Perdana Menteri berkata justeru, para ilmuwan Universiti Al-Azhar diharap dapat terus memperluas dakwah kesedaran dan pengisian ilmu khususnya dalam kalangan masyarakat MADANI.
"Sebab itu di Seri Perdana, saya menganjurkan majlis dan secara kebetulan sama ada syeikh yang datang dari Al-Azhar ataupun mufti atau ilmuwan yang majoriti besarnya adalah kelulusan atau alumni Al-Azhar," katanya pada majlis anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.
Anwar dilihat sering menganjurkan majlis ilmu di Seri Perdana sejak menyandang jawatan Perdana Menteri pada November tahun lepas.
Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kejayaan WOAG menganjurkan majlis itu dan meluncurkan buku 'Memahami Pemikiran Melampau.'
Perdana Menteri juga mendoakan agar perjumpaan itu dapat menghasilkan kejayaan yang baik untuk mengangkat martabat umat Islam melalui pencerdasan dan kecelikan budaya berdasarkan kefahaman terhadap Islam.
Program sambutan itu diadakan sempena genap 1,083 tahun penubuhan Universiti Al-Azhar dan sambutan Hari Al-Azhar Sedunia di peringkat global itu dicetuskan oleh Pejabat Syeikh Al-Azhar di Mesir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendidikan, kefahaman dan fikrah Islam yang dipelopori oleh alumni Universiti Al-Azhar, Mesir menjadi 'kubu pertahanan' akidah umat Islam. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang kini ditempatkan di Universiti Al-Azhar
Penempatan PIDL di Kuliah Syariah dan Undang-Undang, Universiti Al-Azhar merupakan hadiah Kerajaan Pulau Pinang kepada universiti berkenaan.

Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Anak muda Islam perlu dilatih terapkan nilai Islam dalam bidang AI - PM Anwar
Semua pelajar Islam di Malaysia diwajibkan untuk membaca 40 hadis Arbain Imam Nawawi bersama terjemahan, yang merupakan kali pertama dalam sejarah.

Al-Azhar setuju tawar biasiswa bagi pelajar Malaysia cemerlang dalam tiga bidang
Persetujuan itu merupakan sebahagian daripada usaha memperluaskan akses pendidikan kepada pelajar dari Malaysia.

PM Anwar akan sampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, fokus pemerkasaan umat Islam
Anwar akan menyampaikan ceramah "Gagah Bersama: Pandang Alam Umat dari Sudut Pemerkasaan Teknologi, Kemasyarakatan dan Ekonomi" di institusi pengajian Islam tertua itu.

Kerajaan Jawa Timur bincang kerjasama dengan Universiti Al-Azhar
Sejak 2019, setiap tahun Kerajaan Wilayah Jawa Timur hantar 30 pelajar melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Al-Azhar.

Pelajar tahfiz, qiraat Malaysia dipelawa sambung belajar di Mesir - Sheikh Al-Azhar
Sheikh Al-Azhar kini dalam rangka lawatan khas tiga hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.

MTQ Perempuan tingkatkan jumlah huffaz wanita
Pengambilan pertama membabitkan 10 pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraati yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar.

Alumni Al-Azhar 'kubu pertahanan' akidah umat Islam - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendidikan, kefahaman dan fikrah Islam yang dipelopori oleh alumni Universiti Al-Azhar, Mesir menjadi 'kubu pertahanan' akidah umat Islam.