Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) membantah keras tindakan Kementerian Pendidikan memendekkan lantikan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM).
Presidennya, Datuk Raihan Sharif menjelaskan, keputusan memendekkan tempoh lantikan tersebut juga dilihat sebagai tidak berhemah.
"Kita turut menggesa keputusan tersebut ditarik balik dan sebarang lantikan Pengerusi Lembaga Pengarah baharu ditangguhkan buat sementara waktu.
"Pengerusi Lembaga Pengarah UPM adalah satu jawatan tinggi dan penting. Oleh itu, sebarang penamatan jawatan ini perlulah melalui proses yang lebih bermaruah.
"Pemakluman memendekkan tempoh lantikan kepada Syed Razlan yang ditandatangani oleh Menteri Pendidikan bertarikh 17 Julai lalu tidak mencerminkan teras falsafah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berlandaskan ketelusan dan 'rule of law'," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Antara alasan persatuan yang dikatakan mempunyai 93,000 orang ahli di seluruh negarai itu adalah kerana percaya tindakan Menteri Pendidikan itu berkemungkinan besar dibuat berdasarkan nasihat yang salah sekali gus menyebabkan satu tindakan tidak tepat.
Persatuan tersebut malah mendakwa keputusan memendekkan tempoh jawatan Syed Razlan yang sebelum ini diberi tanggungjawab menjalankan siasatan ke atas salah Iaku tiga orang pegawai tinggi UPM dipercayai kerana satu komplot untuk melindungi pihak terlibat dalam salah laku pentadbiran di universiti awam berkenaan.
"Ahli Lembaga Pengarah baharu anak syarikat UPM juga telah mengesan tahap pentadbiran yang begitu menyedihkan serta berkemungkinan salah Iaku dalam tadbir urus anak syarikat tersebut. Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat telah memohon kepada Lembaga Pengarah UPM supaya sebuah firma audit bertauliah dilantik untuk menjalankan audit forensik bagi ke atas anak syarikat terbabit.
"Kami juga difahamkan bahawa dalam masa yang sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri, berdasarkan maklumat orang awam, telah membuat lawatan mengejut ke atas anak syarikat UPM tersebut. Beberapa dokumen dan maklumat penting berkaitan kes telah diambil dari pejabat anak syarikat itu, " dakwa persatuan itu.
Kementerian Pendidikan sebelum ini menjelaskan, pertimbangan profesional demi kepentingan UPM merupakan sebab utama memendekkan kontrak perkhidmatan Syed Razlan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah universiti tersebut diambil.
Astro Awani
Mon Aug 05 2019
RAIHAN: Keputusan memendekkan tempoh lantikan Syed Razlan juga dilihat sebagai tidak berhemah. - Gambar Facebook@Biro Pengaduan Awam
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
KPDN terbuka kaji syor naikkan nilai denda jika salah guna
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka dengan cadangan dan syor meningkatkan nilai denda bagi pihak yang didapati menyalahgunakan sijil halal.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Perjanjian gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Malaysia sanggup lakukan apa sahaja demi kedamaian Palestin
Malaysia mengalu-alukan usaha dalam mencapai kedamaian di Gaza susulan persetujuan Israel dan Hamas untuk melakukan gencatan senjata.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Tiga pekerja restoran pengsan
Tiga pekerja restoran makanan segera di Kuala Nerus pengsan selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di premis berkenaan.
Remaja maut jatuh dari tingkat 14 pangsapuri
Seorang remaja lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu pada Khamis.
Alumni UPM terkilan keputusan KPM pendek lantikan Syed Razlan
PAUPM membantah keras tindakan Kementerian Pendidikan memendekkan lantikan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM).