Kesedaran rakyat terhadap pemahaman kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan perlu dijadikan amalan untuk memastikan negara terus aman dan harmoni, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata perkara itu penting kerana kesederhanaan dapat menggarap keharmonian yang menjadi keutamaan rakyat dalam sosiobudaya negara berlatarkan perbezaan dalam pelbagai aspek.
"Hari ini, kita berhadapan dengan cabaran yang amat besar. Cabaran itu termasuklah sejauh mana kita dapat memikul rasa tanggungjawab, kemampuan, kapasiti dan kedudukan kita. Wajarlah kita menimbulkan persoalan 'apakah kita tidak beruntung duduk dalam sebuah negara yang aman dan merdeka ini'.
"Pemahaman yang berunsurkan ekstremis, contohnya, biar apa pun matlamatnya adalah amat berbahaya dan mendatangkan kemusnahan, seperti mana yang kita saksikan di beberapa negara ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Semarak Merdeka Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2016 di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Anggota Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Kamarlin Ombi, Anggota Dewan Undangan Negeri Sidumin Datuk Ahmad Bujang dan Timbalan Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Almain Ajirul.
Salleh berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menganjurkan kempen-kempen bagi memastikan setiap rakyat menghargai keamanan yang dikecapi selama ini.
"Namun, pada masa ini pelbagai saluran digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menanamkan kebencian terhadap pemerintah, mendatangkan kegusaran kaum dan agama serta menanamkan bibit perpecahan kepada orang ramai.
"Pihak tidak bertanggungjawab itu kelihatannya tidak menghormati sistem demokrasi apabila pemerintah sedia ada diberikan kepercayaan memimpin negara mengikut perlembagaan dan dasar yang digariskan...sepatutnya sikap mereka harus berpaksikan 'meraikan kebersamaan dan menghormati perbezaan'," tegas beliau.
Menurutnya perbezaan pendapat itu tidak salah tetapi tidak pula sehingga menafikan segala perkara baik yang dilakukan pemerintah.
Salleh juga berkata menjadikan jalan raya sebagai tempat melepaskan 'suara hati' bukanlah budaya yang baik kerana sistem negara menentukan bahawa setiap perubahan kepada pemerintahan perlu mengikut amalan undang-undang sedia ada.
"Apatah lagi menggunakan generasi muda khususnya pelajar, yang sepatutnya berada dalam bilik kuliah bagi membina masa depan yang terjamin.
"Justeru itu, anak muda harus mempunyai keupayaan menapis setiap kempen anjuran pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak merosakkan masa depan diri masing-masing," katanya.
Sementara itu, Salleh berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan serius dari segi penguatkuasaan dalam usaha membendung penyalahgunaan media sosial, termasuk penyebaran serta pemesongan maklumat.
"Kita perlu menghindari provokasi terhadap keharmonian kaum, agama, perpaduan, politik, ekonomi dan sosial," tegasnya.
Bernama
Sat Sep 03 2016

Kesederhanaan dapat menggarap keharmonian yang menjadi keutamaan rakyat dalam sosiobudaya negara berlatarkan perbezaan dalam pelbagai aspek.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Anggota UMNO Sabah diingatkan terus komited kepada parti - Salleh
Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan anggota parti supaya terus komited berjuang untuk parti.

BN tidak guna muslihat untuk tipu pengundi - Salleh
Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO tidak beroperasi seperti Ali Baba dan tidak menggunakan muslihat bagi menipu pengundi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

Amalkan pemahaman kesederhanaan demi keharmonian negara - Salleh
Kesederhanaan dapat menggarap keharmonian yang menjadi keutamaan rakyat dalam sosiobudaya negara berlatarkan perbezaan dalam pelbagai aspek.

FINAS perlu bina kerjasama dua hala, mantapkan industri kreatif negara - Salleh
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu membina lebih banyak kerjasama dua hala dengan pelbagai agensi kerajaan.

FFM28: Anugerah Filem Terbaik terbuka untuk semua - Salleh Said
Kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan akan diwujudkan pada FMM anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Parti baharu Dr Mahathir beri UMNO, BN saingan untuk berjaya - Salleh
Parti baharu yang akan ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi UMNO dan BN persaingan untuk menjadi lebih berjaya.