KUALA LUMPUR: Sudah 25 hari berlakunya perang antara pejuang Hamas dan Israel, dan angka kematian rakyat Palestin di Gaza terus meningkat saban hari akibat kekejaman rejim Zionis membedil kediaman-kediaman orang awam.
Di sebalik usaha rejim Zionis untuk melumpuhkan sepenuhnya Gaza, bantuan kemanusiaan terus dilancarkan masyarakat antarabangsa bagi membela nasib rakyat Palestin di wilayah itu.
Tidak terkecuali, badan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin yang terus aktif mengagihkan bantuan kecemasan kepada penduduk Gaza yang telah disekat keperluan asas sejak beberapa minggu lalu.
AS$100,000 pertama berjaya disalurkan
Pengurus Besar Pemasaran Aman Palestin Berhad, Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata, setakat ini lebih AS$100,000 telah disalurkan seminggu selepas perang tercetus.
"Alhamdulilah, sejak minggu pertama serangan berlaku kita telah hantar bantuan kecemasan AS$100,000 itu pun jumlah sedikit untuk kita tampung makanan panas, kotak makanan, selimut.
"Sekarang musim sejuk di Gaza, memang selimut yang menghangatkan mereka. Kemudian kita ada hantar bantuan perubatan di Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia.
"Jadi AS$100,000 ini sangat sedikit, kita mengharapkan peluang bila Rafah dibuka ini kita dapat hantar bantuan lebih banyak," jelasnya.
Beliau berkata, Aman Palestin juga bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) bagi menghulurkan bantuan bekalan perubatan pada 3 November depan.
"Kita juga ada kerjasama dengan Wisma Putra dalam bentuk bantuan bekalan perubatan yang dihantar pada 3 November, tapi itu bergantung kepada pembukaan Rafah.
"Kita sangat menunggu supaya ada gencatan senjata itu yang menyebabkan kita ada peluang untuk rakyat Gaza dapat bantuan daripada luar," katanya lagi.
Bagi rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan, boleh terus menderma dalam Bantuan Kecemasan Palestin yang telah dilancarkan sejak 12 Oktober lalu bagi membantu rakyat Gaza mendapatkan bantuan yang sepatutnya.
Gencatan senjata
Mengulas lanjut ujar Muhd Farhan, keadaan di Gaza ketika ini amat memilukan dan lebih kritikal daripada sebelumnya.
Meskipun lebih 100 buah trak berjaya menembusi Gaza untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan penduduk.
Hanya gencatan senjata jelasnya, adalah masa terbaik buat NGO dari seluruh dunia untuk menyalurkan sumbangan kepada penduduk Gaza yang terkesan.
"Kutipan (sumbangan) masih berjalan lagi, kita dapat banyak kutipan daripada pihak luar, memang kita mengharapkan ramai orang bantu. Kita mengharapkan apabila sempadan dibuka itulah peluang keemasan mana-mana NGO hantar bantuan.
"Sama ada bantuan duit atau makanan memang perlu pembukaan sempadan itu, hatta hari ini saya difahamkan stok makanan yang ada masih ada lagi, ada seminggu lagi. Bila buka nanti akan re-stock balik bekalan makanan," ujarnya.
Sekolah Quran Malaysia jadi tempat berlindung
Menceritakan lagi mengenai situasi di bumi Gaza jelas Muhd Farhan, beliau berjaya menghubungi salah seorang daripada rakan sekutu Aman Palestin di Gaza selepas 34 jam telekomunikasi di wilayah itu lumpuh.
Kezaliman rejim zionis terus berlarutan, dengan bedilan bom dari serangan udara, serta serangan darat di bahagian pantai Gaza.
Selain hospital, bangunan Sekolah Quran Malaysia juga ujar Muhd Farhan menjadi tempat rakyat Gaza berlindung daripada serangan rejim zionis.
"Memang kita dapat gunakan sekolah Quran Malaysia itu untuk menampung pelarian Palestin di sana. ada 2,000 orang sementara nak dapat perlindungan, jadi mereka bermalam dan hidup dekat sekolah Quran Malaysia.
"Ini antara 100 lebih sekolah yang dijadikan pusat penempatan sementara. Bom-bom masih ada lagi, berhampiran ada juga.
"Sekarang yang teruk di kawasan Gaza, tapi di kawasan pantai Gaza pun dah mula serangan. Askar-askar para mujahidin ini memang mereka berperang habis-habisan di kawasan Utara Gaza," katanya.
Mahu bina semula Gaza
Mengulas lanjut ujar Muhd Farhan, selain bantuan kecemasan buat lebih 2 juta rakyat Palestin di Gaza, bantuan selepas pasca perang juga amat penting.
Ia bagi membina semula kediaman, hospital dan infrastruktur buat rakyat Gaza yang telah hancur dibom zionis.
"Hatta kutipan yang kita sasarkan ini hanya 40 peratus untuk bantuan kecemasan, tapi 60 peratus pembangunan infrastruktur dengan rumah-rumah, hospital telah musnah sekolah dan sebagainya.
"Kita nak bangunkan balik bumi Gaza Palestin itu ke arah lebih baik. Itu cabaran benda paling utama bila kita bina balik bangunan, sosial ekonomi mereka ini, ada peluang pekerjaan, yang trauma itu mungkin akan terubat kembali," jelasnya.
Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin
Bagi memastikan suara Malaysia terus di dengar di peringkat global mengenai sokongan terhadap kemerdekaan rakyat Palestin.
Jelas Muhd Farhan lagi, satu Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) diwujudkan melibatkan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO).
Sebagai Pengarah Operasi GSPP, beberapa langkah akan diambil termasuk penganjuran 3,000 ceramah Taufan Al-Aqsa di seluruh negara.
“Pertama kita nak gagalkan normalisasi Israel, nak ajar masyarakat dan kerajaan menolak normalisasi ini yang berjalan sepanjang masa.
“Kedua kita nak tamatkan Nakba Palestin dah lebih 75 tahun, mungkin lepas ini kita boleh sebut Nakba Israel pula. Ketiga kita nak bebaskan Palestin dan Al-Aqsa daripada cengkaman Israel.
“Kita rancang sehingga akhir tahun kita nak buat 3,000 ceramah taufan Al-Aqsa seluruh Malaysia, masjid, surau, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah supaya masyarakat tahu tentang ini,” katanya lagi.
Malah GSSP juga akan menganjurkan Himpunan Solidariti Palestin berskala nasional melibatkan wakil-wakil dari Indonesia dan Brunei pada Disember depan.
“Kita akan buat himpunan seramai mungkin orang pada bulan Disember, berskala nasional bahkan kita akan jemput wakil-wakil nusantara Indonesia, Brunei untuk sampaikan sokongan. Kita juga akan panggil wakil-wakil daripada Hamas untuk menyatakan pandangan mereka,” tambahnya.
Fareez Azman
Tue Oct 31 2023
Pengurus Besar Pemasaran Aman Palestin Berhad, Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata, setakat ini lebih AS$100,000 sumbangan telah disalurkan seminggu selepas perang tercetus di Gaza. - Gambar: Astro AWANI
Sepasang suami isteri ditahan terlibat sindiket rokok seludup di Tanah Merah
Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok bernilai RM648,738, termasuk cukai.
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
"Biar SUHAKAM juga faham dalam konteks tugasan polis" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri mencadangkan SUHAKAM mencari masalah dari sudut hak asasi dan berbincang untuk membantu mendidik masyarakat berkenaaan undang-undang pemeriksaan telefon bimbit.
#AWANInews
#AWANInews
Bagaimana pameran AISSE tingkatkan usaha menambah baik keselamatan?
Menteri Dalam Negeri berkata pameran AISSE 2025 mampu meningkatkan usaha menambah baik keselamatan secara dinamik.
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
Bayi perempuan ditemukan di hadapan rumah di Simpang Empat
Seorang bayi perempuan ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat Kangar pagi ini.
Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan sejak bencana 1995
Lebih 5,400 orang di Jepun meninggal dunia dalam tempoh 30 tahun lepas akibat tekanan dan keletihan serius disebabkan oleh proses pemindahan selepas gempa bumi dan bencana alam lain.
SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan
Pegawai forensik SPRM sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.
Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta
Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen kali ini bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 rakyat di negara terbabit.
COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.