Aman Palestin Berhad menyasarkan untuk mengumpul RM1 juta hingga menjelang hujung Februari ini sempena penganjuran program jelajah bekas Mufti Besar Jerusalem dan Wilayah Palestin Sheikh Dr Ekrima Said Sabri ke Malaysia dan Indonesia.
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Soffian Awang Piut berkata, pengumpulan dana ini bertujuan khususnya untuk pembinaan Masjid Imam Shafie di Gaza.
"Pembinaan masjid sekarang berada pada stage ketiga yang memerlukan kos sebanyak US$1.5 juta (RM3.9 juta) selain tajaan pembiayaan seramai 2,000 anak yatim di Palestin.
"Aman Palestin juga telah membantu membiayai kos pembinaan Sekolah Al Quran Malaysia dan Sekolah Darul Fadhilah di Palestin yang khusus untuk anak yatim dan kedua-duanya sudah siap tahun lalu," katanya ketika ditemui pemberita di program berkenaan di sini pada Ahad.
Beliau berkata ketika ini pihaknya berjaya mengumpul sumbangan kira-kira RM300,000 sejak dilancarkan pada 6 Feb dan akan berakhir pada 24 Feb nanti.
"Sejak 6 Feb lepas, Sheikh Ekrima telah pun berkunjung ke Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan hari ini ke Perak dan esok ke Kedah.
"Dia akan berada kira-kira dua minggu di Malaysia dan seminggu di Bandung, Indonesia di mana terdapat juga cawangan Aman Palestin," katanya.
Awang Soffian berkata, setakat ini, Aman Palestin Berhad telah menyalurkan lebih RM100 juta kepada Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia.
"Pelbagai bentuk bantuan telah diberikan seperti perubatan, pembinaan bangunan, pengurusan tanah pertanian, ladang lembu selain membina khemah pelarian," katanya sambil menambah program itu dianjurkan Aman Palestin Berhad dan Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan.
Terdahulu, Sheikh Ekrima, kini Imam Besar Masjid Al Aqsa, ketika sesi forum bertajuk 'Apa Khabar Al-Aqsa' menceritakan pelbagai pencerobohan terhadap Al-Aqsa termasuk peristiwa besar membabitkan penutupan masjid itu pada Julai tahun lalu dan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember lalu.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dunia Islam kerana bersama kami dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada ketetapan yang dibuat Presiden AS.
"Terima kasih atas kesungguhan dan usaha berterusan untuk menegakkan masjid kami dan berharap ketetapan itu akan gagal sepenuhnya dengan izin Allah," katanya.
Ekrima juga mengucapkan terima kasih kepada media Malaysia yang menyiarkan liputan berita tentang peristiwa yang sedang berlaku di Masjid Al Aqsa.
"Ia (siaran berita) menyebabkan dunia celik dan faham situasi yang berlaku serta memberi simpati berterusan serta perdampingan dunia dengan masyarakat Islam di Palestin," katanya.
Ucapan beliau dalam bahasa Arab diterjemahkan oleh Pengerusi Aman Palestin cawangan Perak yang juga moderator program iaitu Shaharuzzman Bistamam. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 11 2018

Sheikh Dr Ekrima Said Sabri (kiri) pada satu majlis di di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 3 Nov, 2017. - BERNAMA/Fail

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan
Pegawai forensik SPRM sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.

Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta
Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen kali ini bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 rakyat di negara terbabit.

COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.