KUALA LUMPUR: Perintah membekukan akaun bank Aman Palestin tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa budi bicara dalam menjalankan siasatan jenayah, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan pengeluaran notis yang dibantah itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.
"Kuasa untuk mengeluarkan perintah pembekuan adalah satu daripada mekanisme siasatan yang diperuntukkan undang-undang. Agensi penguatkuasaan undang-undang diberi kuasa untuk mengeluarkan perintah pembekuan harta seseorang setelah memenuhi beberapa syarat.
"Perkara itu termaktub dalam Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
"Pengeluaran perintah pembekuan ini hanya dibuat apabila agensi penguat kuasa telah memulakan siasatan terhadap seseorang individu dan terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki sama ada orang itu melakukan atau akan melakukan kesalahan pembiayaan keganasan atau harta itu adalah hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.
Ahmad Hanir berkata mahkamah telah banyak kali menegaskan bahawa pelaksanaan fungsi atau kuasa berkaitan proses siasatan jenayah tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.
Sementara itu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Aman Palestin dalam hujahnya menyifatkan keengganan SPRM untuk membatalkan atau mengubah perintah pembekuan salah itu adalah sesuatu yang tidak munasabah dan tidak mengikut Seksyen 44 (1) Akta AMLA.
"Akibat pembekuan akaun itu segala kutipan dana bantuan kepada mangsa kekejaman Israel di Gaza, kini telah terhenti dan tidak dapat dilakukan lagi. Ini menjadi lebih genting lagi apabila Program Bantuan Musim Sejuk yang dianggarkan menelan RM10 juta, tidak dapat disalurkan kepada mangsa di Gaza," kata peguam itu.
Sehubungan itu katanya kebenaran perlu diberikan kepada pemohon untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman kerana permohonan itu mempunyai merit.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh kemudian menetapkan 21 Mac untuk keputusan permohonan itu melalui e-mel.
Aman Palestin Berhad memfailkan permohonan pada 31 Jan lepas untuk mengetepikan keputusan SPRM membekukan 11 akaun bank mereka.
NGO itu juga turut memohon perintah mandamus agar SPRM mengubah perintah pembekuan supaya wang berjumlah RM11,026,215.60 dinyahbekukan dengan serta-merta bagi tujuan perbelanjaan harian, penggajian pekerja-pekerja, pentadbiran, operasi dan misi-misi bantuan pemohon bagi tempoh tiga bulan akan datang.
Selain itu, ia juga memohon deklarasi bahawa pemohon masih boleh mengutip dana daripada orang ramai dan menyalurkannya secara terus kepada mangsa perang di Gaza.
Aman Palestin selaku pemohon memfailkan permohonan itu dengan menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, dua pegawai agensi itu Mohd Afiq Mohammed Hassan dan Muhammad Zuhdi Mohd Yusoff, SPRM dan kerajaan selaku responden pertama hingga ketujuh.
Pada 15 Feb lepas, tiga individu termasuk Pengerusi Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 164 pertuduhan pecah amanah, menipu dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta dana milik badan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Perintah membekukan akaun bank Aman Palestin tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman kerana SPRM mempunyai kuasa budi bicara dalam menjalankan siasatan jenayah, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini. - Gambar fail/Astro AWANI

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan
Pegawai forensik SPRM sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.

Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta
Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen kali ini bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 rakyat di negara terbabit.

COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.