KAJANG: Parti Amanah beriltizam membanyakkan cawangannya, sekali gus meningkatkan jumlah ahli di seluruh negara bagi mempersiapkan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof berkata parti yang kini mempunyai 1,900 cawangan dan lebih 200,000 ahli itu seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap satu pusat daerah mengundi (PDM) di Malaysia.
Beliau berkata jumlah cawangan dan ahli yang banyak akan membantu parti berusia lapan tahun itu untuk lebih diterima khususnya ketika membuat rundingan dengan parti komponen lain di dalam Pakatan Harapan untuk mendapatkan kerusi pada PRU16.
"Kita bersiap sedia untuk PRU akan datang. Dalam parti seperti Amanah ini, sangat penting cawangan dan ahli... jadi memang target kita untuk meningkatkanlah cawangan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Selangor 2023 di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), di sini hari ini.
Mengulas mengenai Pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah sesi 2023-2026 yang akan diadakan minggu depan, Mujahid yang juga Ahli Dewan Negara menyifatkan ia sebagai persaingan sengit, jika mengambil kira jumlah calon bertanding, namun meluahkan keyakinan untuk perwakilan membuat keputusan yang matang.
Seramai 124 calon akan merebut 27 tempat Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah dalam pemilihan parti kali ini termasuk Presiden parti Datuk Seri Mohamad Sabu, Mujahid, Naib Presiden Adly Zahari dan Pengarah Strategi Amanah Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.
Sementara itu, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim berkata Amanah merupakan sebuah parti kolektif dan tidak bergantung kepada ikon tertentu untuk menerajui kepimpinannya.
"Kami ini parti kolektif, kita tidak ada ikon dalam Amanah ini, daripada dulu kita bekerja sebagai pasukan jadi tiada yang lebih ikonik daripada sesiapa, parti lain ada seperti PKR ada Datuk Seri Anwar Ibrahim ikonik, UMNO (dahulu) ada Tun Dr Mahathir Mohamad. Kita tiada, kita kolektif.
"Saya yakin (usaha) meremajakan parti ini adalah tugas semua orang dan ia tanggungjawab besar untuk sayap pemuda, tetapi ia adalah satu proses yang berjalan dan ia berterusan, bukan berkala," katanya.
Menurut perlembagaan parti, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan, dan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023

Mujahid berkata jumlah cawangan dan ahli yang banyak akan membantu parti berusia lapan tahun itu untuk lebih diterima.- Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mohamad Ariff lepas semua jawatan parti sebelum dilantik Speaker Dewan Rakyat
Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan telah meletakkan kesemua jawatan dalam Parti Amanah pada akhir Jun lepas bagi membolehkan beliau bebas dan berlaku adil dalam menjalankan tugas sebagai Speaker

Amanah putus tidak bertanding PRK Tanjung Datu
Amanah mengambil keputusan untuk tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.03 Tanjung Datu, Sarawak.

PRN: Amanah putuskan pendirian selepas mesyuarat esok
Amanah akan memutuskan pendirian sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan DAP untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN)Pulau Pinang dalam mesyuarat parti itu esok.

Jangan pilih 'pengikut' sebagai wakil rakyat - Tun M
Dakwanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad calon Barisan Nasional hanya akan mengikut telunjuk pemimpinnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

'Saya tidak ambil 'pot' kenyataan Mat Sabu' - Iskandar
Datuk Iskandar Abdul Samad mengakui tak mengambil peduli sebarang kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengenai kedudukan parti itu yang dikatakan tidak menumpang apa sahaja perkara berkaitan Pas.