KLANG : Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar memberi amaran kepada semua majikan di negara ini agar menjaga kebajikan pekerja asing terutama dari sudut penginapan mengikut perakuan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
Menurut beliau, meskipun penguatkuasaan dilakukan, namun, masih ada majikan yang tidak mengendahkannya dan hanya menyediakan penginapan pekerja asing ibarat seperti kandang lembu atau kerbau.
"Kita kena layan mereka sebagai manusia, kerana kita diperhatikan bukan sahaja orang tempatan malah di peringkat antarabangsa.
"Jadi pastikan bila sediakan tempat penginapan kita sediakan tempat sesuai untuk mereka jangan buat kandang lembu atau kerbau, itu adalah membahayakan pekerja asing dan menjadi satu isu besar jika sesuatu musibah berlaku," jelasnya.
Sivakumar berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai perasi Bersepadu Akta 446 di kawasan perindustrian Aman Perdana, Meru, di sini, hari ini.
Operasi Bersepadu Khas Penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] disertai oleh 117 anggota pelbagai agensi kerajaan yang diketuai oleh Sivakumar.
Pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan di bawah Akta JTKSM antaranya Seksyen 24D Akta 466 iaitu tiada Perakuan Penginapan dan juga kesalahan di bawah Peraturan 3 dan 4 akta sama.
Ketiga-tiga majikan juga didapati melakukan kesalahan di bawah akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) antaranya jentera boiler tiada sijil sah dan majikan juga didapati tidak mencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
"Semua perkara ini harus diberi perhatian serius, ini isu kemanusian dan ia juga melibatkan kehilangan nyawa jika berlaku apa apa musibah tidak diingini.
"Ini adalah penting memastikan teguran dan nasihat saya kepada semua majikan di negara kita yang mahu pekerja asing, pastikan sedia tempat yang sesuai untuk pekerja mereka," tegas beliau lagi.
Kesemua kilang pembuatan produk kayu dan juga getah itu beroperasi dengan 44 orang tenaga kerja tempatan dan 526 orang tenaga kerja asing terdiri daripada Nepal, Bangladesh dan Myanmar.
Ketiga-tiga premis menyediakan kemudahan penginapan kepada pekerja namun, tidak mempunyai Perakuan Penginapan.
Malah, dua daripada premis terbabit tidak mempunyai rekod permohonan perakuan penginapan kepada JTKSM.
"Ini bukan hanya kebajikan, ia melibatkan isu kebersihan, kesihatan dan keselamatan mereka.
"Apabila kita melihat sendiri di dua tempat mereka beroperasi memang keadaan mendukacitakan, sebab mereka tidak diberi tempat yang sesuai untuk tinggal, bilik keadaan buruk, bilik kecil ada enam katil ini tidak sesuai.
"Kami juga lihat mereka tidak diberi tilam, apabila ditanya pekerja mereka kata tidak pernah ada tilam.
"Tempat memasak mereka kita tengok buruk sekali ini menjejaskan kesihatan mereka dan terdedah kepada kebakaran," katanya yang menyertai operasi pada tengahari Rabu itu.
Tambah Sivakumar, kertas siasatan akan dibuka terhadap majikan-majikan berkenaan untuk tindakan lanjut.
Turut menyertai operasi itu ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud; Ketua Pengarah JTKSM, Datuk Asri Ab Rahman; Ketua Pengarah JKKP, Mohd Anuar Embi dan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Fareez Azman
Wed Jan 25 2023
V. Sivakumar (tengah) melawat asrama pekerja warga asing ketika mengadakan Operasi Bersepadu Akta 446 di kawasan perindustrian Aman Perdana, Meru hari ini. Turut hadir Mustapha Sakmud (kanan). - Gambar BERNAMA
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Majikan diberi masa enam bulan sediakan penginapan sesuai selepas pengambilan pekerja asing
Kerajaan benarkan lebih ramai pekerja asing masuk, tapi majikan kena pastikan mereka mendapat tempat tinggal yang sesuai.
Amaran buat majikan, jangan buat penginapan pekerja asing macam kandang lembu - Menteri
Menteri Sumber Manusia beri amaran kepada semua majikan di negara ini agar jaga kebajikan pekerja asing dari sudut penginapan.
Penginapan pekerja asing: Kelonggaran boleh ditarik balik jika majikan gagal patuhi aku janji
Kerajaan akan menarik balik kelonggaran Aku Janji Pematuhan Perundangan Perburuhan yang diberikan kepada majikan sekiranya didapati gagal memenuhi standard yang ditetapkan.