Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning bagi hampir keseluruhan kawasan di Kelantan, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang berikutan luruan angin timur di rantau negara bermula hari ini (25 Nov) yang dijangka boleh mengakibatkan hujan lebat berterusan.
Ketua Pengarahnya Jailan Simon berkata kawasan yang terlibat di Pahang ialah Daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
"Berikutan luruan angin itu, angin kencang dengan kelajuan antara 40 sehingga 50 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri terbabit dan amaran cuaca tersebut dikeluarkan berkuatkuasa dari 25 hingga 27 November (Rabu) ini.
"Selain itu, kenaikan paras air laut turut dijangka berlaku berikutan daripada kejadian air pasang dalam tempoh tersebut. Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Sementara itu, beliau memaklumkan, berikutan keadaan cuaca buruk di Pantai Timur dijangka semakin berkurangan, amaran cuaca buruk peringkat jingga yang dikeluarkan pada 2 petang, 22 November lalu untuk Terengganu (Daerah Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) diturun taraf kepada amaran waspada peringkat kuning, manakala untuk Johor ditamatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 24 2019
Kenaikan paras air laut turut dijangka berlaku dan boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai. - Gambar hiasan
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Ombak besar, air pasang: Semakin ramai mangsa berpindah ke PPS
Di daerah Kemaman, seramai 285 mangsa daripada 73 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara.
PPS Sungai Bedaun dibuka selepas hujan bertembung air pasang
Sebanyak 14 keluarga yang mendiami 12 buah rumah telah diarahkan berpindah, apabila air telah memasuki ruangan di dalam rumah.
Pencari siput ditemui lemas selepas 12 jam hilang
Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 1.49 pagi pada Isnin, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Pulang dari bercuti, fenomena air pasang sumbang peningkatan mangsa banjir di PPS
Walaupun hujan sudah berkurangan dan cuaca semakin baik, jumlah mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing
Empat kanak-kanak maut dalam sebuah kejadian air pasang yang berlaku di sebuah pantai di Quebec pada Sabtu.
Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga
Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.
Air pasang luar biasa di Tanjung Aru, 11 rumah terjejas, 2 roboh dilanda ombak
Susulan itu, polis mengarahkan kesemua penduduk yang terkesan agar mengosongkan kediaman dan berpindah ke tempat selamat.
Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula
Selepas menghadapi banjir termenung atau banjir genang, mangsa di Daerah Bagan Datuk kini berdepan pula dengan fenomena air pasang besar.
Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa
Seramai 37 mangsa banjir di langkawi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, di Padang Mat Sirat di sini, malam ini.