MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis).
Amaran hujan tahap buruk bagi tempoh sama dikeluarkan bagi kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran hujan tahap buruk turut dikeluarkan di Sabah hingga Jumaat ini membabitkan Ranau, Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Jabatan itu juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah iaitu pedalaman Keningau dan Tambunan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran, Tawau (Lahad Datu) serta Sandakan (Tongod).
-- BERNAMA