Di Terengganu, kawasan yang terlibat adalah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Sementara itu, amaran hujan tahap waspada hingga 12 Dis dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis dan Kelantan.
Amaran sama juga dikeluarkan bagi Hulu Perak, Kuala Kangsar di Perak; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) serta Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah.
Selain itu, menurut MetMalaysia, kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera di Pahang dijangka hujan berterusan tahap waspada hingga esok.