Hujan berterusan itu dijangka berlaku di Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan tengah hari ini memaklumkan hujan berterusan itu dijangka berlaku di Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
Keadaan sama juga diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
-- BERNAMA
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan Labuan hingga tengah hari ini
Antara kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan Rompin, Segamat dan Mersing.