Semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum memeriahkan sambutan Ambang Merdeka 2019 di seluruh pelosok negara malam ini.
Tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama, orang ramai memenuhi lokasi-lokasi sambutan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan sorakan dan nyanyian penuh semangat patriotik sebagai sebuah 'keluarga'.
Pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini mula menjadi tumpuan ribuan warga kota sejak petang tadi bagi sambutan ambang merdeka yang turut disambut dengan acara ulang tahun ke-20 menara yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-62, ribuan rakyat dan pelancong asing daripada pelbagai latar belakang, agama dan bangsa membanjiri perkarangan KLCC sejak 8 malam yang diserikan dengan penganjuran konsert serta pertunjukan bunga api.
Orang ramai turut dihiburkan dengan pelbagai lagu moden dan tradisional termasuk persembahan daripada artis tanah air iaitu Datuk David Amurugam, Khai Bahar dan Bunkface.
Di NEGERI SEMBILAN, sambutan Ambang Merdeka dimeriahkan dengan penyertaan kira-kira 100 pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri ini pada Program Bermalam Di Muzium 2019 di Teratak Za'ba, Batu Kikir, Jempol di sini.
Terdahulu, kesemua mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun menyertai acara kenegaraan dan 'olek kampung' sebelum ke acara kemuncak memakai tengkolok sambil mengibarkan Jalur Gemilang, dan diiringi laungan 'Merdeka' serta nyanyian lagu Negaraku pada detik 12 malam.
Di Benteng Walk Seremban, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon memeriahkan sambutan bersama kira-kira 300 orang pengunjung dengan pelbagai acara sebelum menunggu detik 12 malam.
Di PULAU PINANG, seramai 300 peserta mengambil bahagian dalam acara Larian Ambang Merdeka 2019 sejauh tiga kilometer di Bayan Lepas.
Larian yang dilepaskan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow itu dianjurkan buat julung kalinya oleh Pejabat Perkhidmatan Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-62.
Di JOHOR, lebih 10,000 orang memeriahkan sambutan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.
Antara pengisian sambutan itu ialah persembahan konsert dari penyanyi Ayie Ilusi, Siti Nordiana dan Ronnie Hussin serta persembahan tarian tradisional, pertandingan busana cilik kemerdekaan dan deklamasi sajak yang disertai pelajar sekolah dari negeri ini.
Di PERLIS, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mencemar duli ke Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, di sini, bagi menyambut Ambang Merdeka bersama kira-kira 15,000 rakyat jelata.
Turut berangkat mengiringi baginda Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.
Baginda bertitah supaya rakyat terus menghayati prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan negara bagi memelihara keharmonian dan keamanan negara.
Di KEDAH, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dalam ucapannya mengingatkan rakyat negeri itu supaya jangan mensia-siakan kemerdekaan yang dikecapi sejak dahulu hanya disebabkan 'perbezaan', sebaliknya meraikannya bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan hidup penuh muhibah.
"Merdeka kita bukan sahaja dalam erti kata keluar dari belenggu penjajahan, tetapi sebagai rakyat kita perlu merdekakan minda dan akal untuk berubah menjadi lebih baik untuk diri sendiri, keluarga dan juga negara," katanya di hadapan Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar di sini.
Di SHAH ALAM, sambutan Ambang Merdeka di Selangor dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 10,000 orang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang turut dihadiri Menteri Besar, Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Hadirin disajikan dengan persembahan tarian yang menggabungkan tarian tradisional tiga kaum terbesar negara, Melayu, Cina dan India dan deklamasi puisi dan sajak patriotik.
Tepat pukul 12 tengah malam, Amirudin melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali yang turut disahut oleh para hadirin di dataran berkenaan berlatarbelakangkan pertunjukan bunga api.
Sementara itu kira-kira 1,000 pengunjung dan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memeriahkan sambutan ambang kemerdekaan ke-62 di bazar larut malam (Uptown) perbadanan itu di Seksyen 24 dengan pelbagai acara, antaranya gimik perasmian iaitu pelepasan lima ekor burung merpati putih oleh Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Utara PKNS, Mohd Muhidin Faharuddin.
Di SANDAKAN, Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak ketinggalan untuk membuat pertunjukan bunga api pada detik 12 tengah malam. Acara turut disertai Timbalan Panglima Laut 2, Kapt Azeman Yusoff bersama warga TLDM dan keluarga masing-masing serta masyarakat sekitar.
Di PERAK, sambutan Ambang Merdeka 2019 peringkat negeri berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung di Taman Tasik Taiping.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta kerabat Diraja Perak berkenan berangkat ke sambutan itu yang dimeriahkan dengan persembahan silat tari oleh Laman Warisan Batu Kurau dan pelbagai acara lain termasuk persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh artis-artis tempatan Taiping.
Di TERENGGANU, sambutan diadakan di Dataran Syahbandar dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung sejak pukul 9 malam.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut hadir bersama-sama dengan hadirin mengalunkan bacaan Asmaul Husna sebelum upacara menaikkan Jalur Gemilang yang diiringi nyanyian lagu 'Negaraku', 'Tanggal 31' , 'Jalur Gemilang' dan 'Sayangi Malaysku Bersih' serta pertunjukan bunga api tepat detik 12 malam.
Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersama barisan exco kerajaan negeri menyertai kira-kira 10,000 pengunjung di Dataran Bandaraya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), untuk membuat kiraan detik 12 tengah malam.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Melaka Maju Jaya dan persembahan lagu-lagu patriotik serta persembahan artis antaranya Sufian Suhaimi dan Siti Sarah.
Selain itu sambutan diserikan dengan persembahan gabungan tarian tradisional tujuh etnik terbesar di negeri itu iaitu Melayu, Cina, India, Portugis, Baba Nyonya, Chetti serta Orang Asli sebelum acara kemuncak iaitu pertunjukan bunga api selama 10 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 31 2019

Percikan meriah bunga api berlatarbelakangkan menara berkembar pertronas (KLCC) pada sambutan Ambang Merdeka. -Bernama
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Laungan 'Merdeka', percikan bunga api, forum agama mengisi sambutan ambang Hari Kebangsaan
Tepat 12 tengah malam, beberapa lokasi bermandikan percikan bunga dengan para pengunjung melaungkan 'Merdeka' dengan penuh bersemangat.

Lebih 1,000 pengunjung hadir raikan Ambang Merdeka di PKNS Uptown Shah Alam
Sambutan diadakan setiap tahun bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan bersama peniaga dan pengunjung yang sentiasa menyokong PKNS Uptown.

Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.

Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera
Seramai hampir 3,000 warga Bera membanjiri Laman Kerayong bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang dijalankan sebelum detik jam 12 tengah malam.

Ambang Merdeka disambut sederhana dalam norma baharu
Sambutan ambang merdeka bagaimanapun kesemuanya dijalankan dalam tatacara pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) serta kehadiran jumlah pengunjung dihadkan.

Ambang Merdeka 2019 disambut penuh semangat perpaduan
Orang ramai memenuhi lokasi-lokasi sambutan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan sorakan dan nyanyian penuh semangat patriotik sebagai sebuah 'keluarga'.

Rakyat pamer semangat Malaysia baharu sambut merdeka
Semangat Malaysia baharu terus dizahirkan rakyat apabila beberapa lokasi tumpuan sambutan ambang Hari Kebangsaan dipenuhi orang ramai meskipun tiada penganjuran konsert dan pertunjukan bunga api.

Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil
Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.