IPOH: Lencongan dan penutupan jalan akan dijalankan di sekitar Bulatan Sultan Azlan Shah (Bulatan Amanjaya), Meru Raya, di sini, bermula jam 8 malam ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, ia bagi memberi laluan kepada penganjuran program Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak.
Jalan yang terlibat bagi penutupan dan lencongan secara berperingkat adalah Bulatan Sultan Azlan Shah, Lebuh Meru Raya, Persiaran Meru Raya 1, Persiaran Meru Raya 2, Persiaran Meru Raya 3 dan Persiaran Meru Raya 4.
“Polis Daerah Ipoh akan melaksanakan penutupan dan lencongan jalan tersebut bermula jam 8 malam sehingga selesai.
"Cadangan parkir bagi pengunjung adalah di kawasan parkir Restoran Abang Sayang, sekitar Jalan Meru Bestari, sekitar jalan belakang Hotel Casuarina Meru serta lain-lain kawasan sekitar yang tidak menghalang lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya khususnya warga Ipoh supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sepanjang program berlangsung.
Aida Aziz
Wed Aug 30 2023

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perak akan diadakan di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, bermula jam 7 pagi esok. - Facebook Polis Daerah Ipoh

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.

Ambang Merdeka: Polis Ipoh laksana lencongan, penutupan jalan
Antara jalan yang terlibat adalah Bulatan Sultan Azlan Shah, Lebuh Meru Raya, Persiaran Meru Raya 1 dan Persiaran Meru Raya 2.