KUALA LUMPUR: Dua rangkap pantun di akhir titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa merasmikan Pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-14 semalam merupakan satu peringatan yang perlu diambil berat oleh semua wakil rakyat.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata pantun itu merupakan pendekatan Seri Paduka dalam memberikan nasihat kepada wakil rakyat mengikut cara Melayu.
"Saya rasa pantun yang dizahirkan Tuanku bukan sebarang pantun. Ia merupakan nasihat kepada Yang Berhormat supaya bersatu hati demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV malam tadi bertajuk "Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-14".
Menurut Shamrahayu semangat bersatu hati dalam kalangan pemimpin merupakan sesuatu yang amat perlu bagi membolehkan negara merencanakan pembangunan ekonomi dan kesihatan awam dalam menghadapi era pasca pandemik COVID-19.
Beliau berkata secara keseluruhan titah ucapan Seri Paduka ketika merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen itu meliputi semua aspek dan ia akan menjadi dasar kepada perbahasan yang bakal berlangsung sepanjang persidangan kali ini.
BACA: 'Cukuplah berpolitik siang dan malam' - Titah Agong kepada Ahli Parlimen
Al-Sultan Abdullah ketika mengakhiri titah semalam menyampaikan dua rangkap pantun yang membawa mesej meminta ahli politik di negara ini supaya fokus kepada usaha menjaga kepentingan rakyat.
Menyelitkan ingatan itu dalam dua rangkap pantun Al-Sultan Abdullah bertitah kerja yang susah akan menjadi senang jika semua bersatu hati.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
SHAMRAHAYU: Ia bukan sebarang pantun, ia nasihat kepada Yang Berhormat supaya bersatu hati demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.
AWANI Borneo [6/2/2025] – Lokasi kritikal dikenal pasti | Tangani isu kulat | Empat dalang ditahan
AWANI Borneo Khamis, 6 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kawalan di daerah Tawau dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di Jalan Tawau Lama, di sini pada Rabu.
Ambil berat nasihat dalam pantun Seri Paduka - Shamrahayu
Katanya, pantun itu merupakan pendekatan Seri Paduka dalam memberikan nasihat kepada wakil rakyat mengikut cara Melayu.