MELAKA: Pemain industri perhotelan perlu membuka pintu seluas-luasnya kepada graduan perhotelan untuk menjadi sebahagian tenaga kerja di sektor tersebut dalam usaha menyelesaikan kekangan pekerja yang dihadapi mereka masa kini.
Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) Madelina Kuah Mei Lee berkata, pada situasi sekarang, sektor perhotelan sepatutnya tidak terus menunggu atau bergantung kepada kemasukan pekerja asing sebaliknya boleh mengambil graduan perhotelan yang sedia ada.
"Ia adalah situasi menang-menang...pengurusan hotel boleh menggajikan graduan daripada bidang tersebut secara waktu fleksibel memandangkan industri tersebut masih belum stabil.
"Pemain industri perhotelan mahu teruskan perniagaan tapi takut untuk buka hotel dan menggajikan pekerja mereka secara tetap di samping sukar untuk mendapatkan pekerja asing. Untuk itu, ada baiknya ruang pekerjaan tersebut diberikan kepada graduan dari UiTM (Universiti Teknologi Mara) dan MARA (Majlis Amanah Rakyat) yang sangat berpotensi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata graduan tersebut boleh bekerja sebagai pelatih industri atau memilih untuk bekerja pada hujung minggu di hotel-hotel yang sedang berdepan dengan masalah kekurangan pekerja.
Situasi ini katanya sekali gus dapat memastikan industri hotel terus hidup dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada pelajar berkenaan menimba ilmu dan mencari wang saku.
Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan negeri juga boleh membawa masuk pekerja dari Sabah dan Sarawak melalui insentif tinggal dan bekerja di Melaka.
"Saya percaya ramai penduduk di Sabah dan Sarawak mahu bekerja di sektor ini. Jadi kita minta kerajaan negeri melalui exco pelancongan dan warisan untuk melihat idea ini bagi mengatasi keluhan pemilik hotel yang berdepan masalah pekerja," katanya.
Dalam pada itu, Madelina juga berharap agar kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah banjir dan ruang parkir di negeri ini terutama di lokasi utama tarikan pelancong.
"Sejak rentas negeri dibenarkan, Melaka mula kembali seperti dahulu dan sudah tentu dua masalah ini menjadi kebimbangan kami. Kita agak risau jika tidak diselesaikan, ia akan membuatkan pelancong tertekan dan putus asa untuk melancong di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Pada situasi sekarang, sektor perhotelan sepatutnya tidak terus menunggu atau bergantung kepada kemasukan pekerja asing. - Gambar hiasan
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
13 pekerja hotel antara 20 pendatang asing tanpa izin ditahan di Melaka
Mereka ditahan dalam beberapa siri serbuan berasingan bermula 9 pagi hingga 11 malam pada Selasa.
Pekerja hotel Labuan maut terkena renjatan elektrik tiang lampu
Seorang pekerja hotel maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan yang bervoltan tinggi di pusat bandar tengah malam tadi.
Ambil graduan bidang perhotelan untuk tampung kekurangan pekerja - MTA
Pada situasi sekarang, sektor perhotelan sepatutnya tidak terus menunggu atau bergantung kepada kemasukan pekerja asing.
Diberhentikan kerja akibat PKP, minat kerja di hotel sudah hilang
Pada masa sekarang, gaji yang ditawarkan dilihat tidak setimpal dan ramai bekas pekerja cenderung mencari pekerjaan lain.
Isu vaksin pekerja hotel Genting: Ini penjelasan JPBN Pahang
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang menjelaskan pemberian vaksin kepada pekerja industri perhotelan dibuat atas beberapa faktor termasuk kluster melibatkan Genting Highlands.
COVID-19: Australia Selatan laksana perintah berkurung enam hari
Berikutan itu, semua sekolah, universiti, kilang dan restoran diarahkan ditutup bermula Khamis dan hanya seorang individu daripada setiap isi rumah dibenarkan keluar.
COVID-19: Peningkatan kes mendadak, Adelaide kenakan semula sekatan
Ia susulan peningkatan daripada tiga kes kepada 17 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di bandar kedua terbesar di Australia itu.
Polis siasat pihak sebar tuduhan pemimpin politik Melaka terbabit serangan seksual
Polis telah menerima dua laporan berkaitan penyebaran mesej berkenaan.
Pekerja hotel temui ajal dalam perjalanan ke tempat kerja
Mangsa meninggal dunia ditempat kejadian selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah bas sekolah.
Aku janji: Tiada lagi larangan pemakaian tudung pekerja wanita di hotel
Selepas hangat isu berapa hotel melarang pekerja wanita memakai tudung, Hari ini tiga persatuan hotel menandatangani aku janji untuk hapuskan polisi diskriminasi itu.