Seorang penyokong kerajaan pada Rabu meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya mempertimbangkan semua pandangan dan kritikan yang dibangkitkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebelum melaksanakannya.
Ong Khan Lee (PH-Kebun Bunga) berkata pandangan dan kritikan itu perlu diambil kira supaya kerajaan negeri tidak membuat kesilapan besar dalam pelaksanaan projek mega yang menelan anggaran kos RM46 bilion itu pada masa depan sekali gus menjadi satu projek yang gagal.
Mengambil contoh dua projek marina di Kedah dan Perak yang bernilai RM61.55 juta, beliau berkata prasarana berkenaan tidak pernah digunakan walaupun kedua-dua projek telah siap masing-masing pada tahun 2003 dan 2010.
"Apa-apa projek yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Harapan sememangnya adalah berniat baik dan ingin membawa kemajuan yang mampan kepada Pulau Pinang.
"Walau bagaimanapun kita perlu menerima dan mempertimbangkan semua pandangan, kebimbangan dan kritikan daripada semua lapisan masyarakat terutama mereka yang berkelayakan dan mempunyai pengetahuan.
"Kita mesti mengambil iktibar dari projek-projek yang gagal tersebut supaya tidak melaksanakan satu projek yang akhirnya tidak menepati sasaran dalam menangani kesesakan lalu lintas," katanya ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.
Ong berkata kerajaan negeri boleh mengarahkan konsultan bebas membuat kajian menyeluruh dan mencari alternatif yang lebih berkesan, murah, praktikal, mesra alam dan mesra rakyat untuk jangka masa panjang.
"PTMP tidak dibantah oleh mereka yang menyuarakan kebimbangan sebaliknya mereka mahu melihat projek ini benar-benar bernas. Sebagai anak-anak Pulau Pinang, adakah kita benar-benar memerlukan satu PTMP yang mana beberapa komponennya adalah dirancang dan dicadangkan oleh syarikat-syarikat swasta," katanya.
PTMP merupakan inisiatif kerajaan negeri yang akan merangkumi pembinaan terowong dasar laut, lebuh raya serta transit aliran ringan (LRT) dan monorel selain jaringan perhubungan bas yang luas di tanah besar dan bahagian pulau.
Sementara itu, Zolkifly Md Lazim (PH-Teluk Bahang) menyarankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan penubuhan bank pembangunan negeri, bagi memberi kemudahan kewangan kepada projek-projek mega di bawah kerajaan negeri seperti projek PTMP.
Beliau berkata kerajaan negeri perlu mencari alternatif untuk menangani kekangan kewangan bagi menampung pembiayaan projek mega seperti PTMP dengan anggaran kos sebanyak RM46 bilion.
"Dengan adanya bank pembangunan negeri ini, dengan projek sistem pengangkutan awam yang progresif memberi peluang untuk pendeposit melabur dengan membeli bon kerajaan yang lebih 'selamat'," katanya ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini semalam.
Persidangan disambung hari ini (Khamis).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 08 2018
Ong berkata, sebarang projek yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Harapan sememangnya adalah berniat baik dan ingin membawa kemajuan yang mampan kepada Pulau Pinang. - Gambar hiasan
Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur
KDA FC menegaskan bahawa mereka akan terus bersaing dalam Liga Super Malaysia dan menafikan segala khabar angin yang dimaksudkan sebelum ini.
Banjir: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kembali beroperasi hari ini
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup akibat bencana banjir sejak 10 hari lalu, kembali beroperasi hari ini.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global
Penghasilan 'emas hijau' atau produk pembungkusan terbiodegradasi yang diproses daripada sisa jerami padi di Gurun, Kedah dianggarkan mencecah nilai pasaran RM60 juta.
Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri
Muhammad Sanusi membidas pihak-pihak yang mengaitkan keputusan Bin Zayed International LLC menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi dengan kegagalan kerajaan negeri.
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
KDA FC memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.