BELURAN: Nilai murni kebudayaan dan perpaduan dalam Pesta Kaamatan wajar diketengah hingga ke peringkat kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah bagi memperkukuh kerjasama terutama melibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata GRS berjaya membuktikan kemampuan dalam menggabungkan parti di negeri itu atas satu fokus yang sama iaitu membangun dan melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan rakyat.
"Pesta Kaamatan berupaya merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum, anutan serta fahaman dan apa yang kita lihat daripada pesta ini adalah sesuatu untuk kita rapatkan silaturahim," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Beluran hari ini.
GRS dianggotai Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama bersama Barisan Nasional bagi mentadbir negeri itu.
Beliau juga berharap Pesta Kaamatan dapat diketengah di peringkat lebih tinggi terutama dalam usaha menarik pelancong luar untuk melihat keunikan kebudayaan masyarakat Sabah yang masih mengekalkan kebudayaan dan warisan turun-temurun.
Dalam perkembangan lain, Menteri Dalam Negeri itu berkata pihaknya akan memastikan pembinaan sebuah markas bagi menempatkan Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Beluran direalisasikan secepat mungkin.
Ketika ini, batalion itu beroperasi dari bangunan yang disewa berhampiran Sandakan.
Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pula berkata Pesta Kaamatan, yang sentiasa disambut meriah oleh semua masyarakat di Sabah, berjaya memupuk perpaduan dan nilai saling menghormati.
Mengulas pembinaan markas Batalion 20 di Beluran, Ronald menyambut baik rancangan agar ia direalisasikan secepat mungkin bagi memastikan operasi PGA berjalan lancar dan keselamatan masyarakat di daerah itu terjamin.
"Beluran terdedah kepada perairan Laut Sulu yang terdedah kepada ancaman keselamatan dan perlu dilindungi," kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua, kanan) menyempurnakan simbolik perasmian Pesta Kaamatan peringkat daerah Beluran hari ini. - Foto BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kementerian Perpaduan Negara komited jadikan muzium platform integrasi kaum
Kementerian Perpaduan Negara sentiasa komited dalam menjadikan muzium sebagai platform integrasi kaum selaras fungsinya sebagai 'guardian of heritage'.

Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.

Argentina berhasrat tingkatkan pertukaran melangkaui perdagangan dengan Malaysia - Menteri Luar
Argentina berhasrat untuk meningkatkan lebih banyak pertukaran dengan Malaysia bukan hanya dari segi perdagangan dan pelaburan tetapi juga dalam aspek kebudayaan, pada masa akan datang.

Kemboja sebagai destinasi kebudayaan terkemuka Asia - World Travel Awards
Negara Kemboja terkenal dengan Taman Arkeologi Angkor iaitu sebuah tapak warisan dunia dan lain-lain lagi.

Festival makanan dan kebudayaan Malaysia diadakan di Islamabad
Festival yang diadakan di Hotel Islamabad Serena itu menampilkan pelbagai hidangan masakan Malaysia dan persembahan kebudayaan.

Gyeongsangbuk-do dipromosi sebagai destinasi pelancongan di Korea Selatan
GyeongsangBuk-do ditampilkan dalam beberapa K-drama seperti Kingdom, Hometown Cha-Cha-Cha, When the Camellia Blooms dan Alchemy of Souls.

Kerajaan Selangor rujuk status Bon Odori
Kerajaan negeri tidak pernah menerima sebarang nasihat dan pandangan berkaitan perkara itu dan menganggap ia acara kebudayaan.

Ambil nilai murni Kaamatan untuk perkukuh kerjasama dalam kerajaan Sabah - Hamzah
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata GRS berjaya membuktikan kemampuan dalam menggabungkan parti di negeri itu atas satu fokus yang sama.

Gabungan teknologi digital pamer kelainan sambutan Hari Kebangsaan 2021 - KSU KKMM
Selain mengoptimumkan keupayaan teknologi digital, sambutan itu tidak akan melibatkan persembahan perbarisan dan kebudayaan seperti kelaziman.

Beberapa sektor dibuka secara berfasa bermula esok - Ismail Sabri
Ia melibatkan sektor pelancongan, kebudayaan, rekreasi dan sukan.